suria

Sahur makan nasi goreng lobster dianggap menu simple, ramai tertanya nasi putih dengan telur mata masuk kategori apa!

Perkongsian foto menu nasi goreng udang galah di laman Twitter.

RAMAI mula berkongsi menu dan resipi sahur yang mudah dan sedap di media sosial sempena kedatangan bulan Ramadan.

Ini termasuk juadah sahur yang sihat dan mengenyangkan untuk bertahan lebih lama sepanjang berpuasa.

Dalam kemeriahan itu, tular satu perkongsian menu sahur yang bukan biasa-biasa di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tak makan KFC ketika jamuan, alasannya buat warden asrama nak menitik air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bawa balik sisa makanan kedai makan, ibu gembira nampak kambing salai masak lemak... Ada kata jijik, yang penting tak bazir

"Simple saja menu sahur pagi ni. Nasi goreng udang. Sayu hati, sahur sendirian," tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan.

Selain itu, turut dimuat naik sekeping foto sepinggan nasi goreng berlaukkan udang kara atau lobster bersama papadom dan sos.

sahur nasi goreng lobster 3

Foto dan kapsyen mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi ketika umat Islam digalakkan mengamalkan kesederhanaan terutama di bulan Ramadan.

Bukan semua orang mampu menikmati lauk udang kara terutama bagi golongan B40 kerana harganya lebih mahal berbanding ikan atau ayam.

"Simplenya. Ada orang sahur makan nasi dengan telur je."

"Kalau macam ni simple, habis nasi putih telur mata jadi apa? Simple kayangan."

"Berpada-padalah. Harga udang seekor tu, bagi orang susah boleh belanja makan untuk seminggu."

"Maaf, bulan Ramadan ni sensitiflah sikit. Itu yang you kata makanan simple dan rasa sedih? Itu 'menganjing' namanya. Just eat and keep to yourself. Don’t show off macam budak-budak," demikian antara komen-komen netizen.

komen sahur nasi goreng lobster total 1

Antara komen-komen netizen.

Malah, ada yang menyifatkannya sebagai menu sahur untuk golongan T20.

"(Harga) udang dia T20 ya."

Maaf, bulan Ramadan ni sensitiflah sikit. Itu yang you kata makanan simple dan rasa sedih?

NETIZEN

"T20 Alhamdulillah."

"Makanan T20 you all. Kasihan B40 cuma mampu tengok tweet ni je," antara pandangan netizen di ruangan komen.

komen sahur nasi goreng lobster total 2

Komen netizen mengenai menu sahur T20.

Walaupun perkongsian itu mungkin sekadar gurauan atau parodi di laman sosial, namun ada yang menyifatkannya sebagai tidak wajar dilakukan bagi menghormati bulan Ramadan.

"Muhasabah diri. Ini bulan suci Ramadan," komen seorang netizen.

Setakat ini, posting tersebut diulang kicau lebih 1,100 kali dan meraih lebih 3,600 likes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain