suria

Pelanggan tak puas hati kabinet dapur ditempah senget, berlubang... dakwa dibuat guna barang recycle 'mix and match'!

Jay menghantar kembali kabinet yang dipasang di warehouse selepas tidak berpuas hati dengan hasil yang dilakukan.

KES penipuan perbankan dan kewangan yang tular baru-baru ini masih belum reda dan kini media sosial dipenuhi pula dengan isu scam tukang kabinet dapur.

Menerusi perkongsian beberapa mangsa, mereka mendakwa produk kabinet yang dipasang bukan sahaja tidak menepati kehendak malah dipercayai menggunakan bahan terbuang atau kitar semula.

Perabot-perabot juga didakwa berbeza dengan promo dan iklan yang disiarkan di Facebook yang mana gambar dipaparkan nampak cantik serta kelihatan berkualiti walaupun menawarkan harga murah.

Mendedahkan perkara itu, salah seorang mangsa Jay Jusin, memberitahu, disebabkan kesuntukan masa untuk membuka pejabat baharu di Kota Damansara, Selangor, dia mencari kontraktor kabinet dapur di media sosial.

Mengakui tertarik dengan promo murah dan gambar hasil produk yang cantik, anak muda berusia 30 tahun itu bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tambahan pula, syarikat yang berpangkalan di Bukit Subang itu menyatakan mereka mampu menyiapkan kabinet dalam tempoh hanya dua minggu berbanding beberapa kontraktor lain.

“Selepas berhubung, dia cakap akan datang site iaitu warehouse saya sebab dia tak ada showroom. Ini kali pertama saya berurusan pasal kabinet dapur, jadi tak ada pengalaman sama ada elok atau tidak.

“Dia datang ukur dan kami berbincang tentang kabinet... bila capai persetujuan, dia hantar invois berharga RM12,500.

“Saya perlu buat bayaran 70 peratus untuk perkhidmatan yang ditawarkan. Pada masa itu saya tak perasan yang bayaran penuh perlu dilangsaikan sebelum penghantaran produk dan hanya mengetahuinya apabila hari pemasangan ingin dilakukan,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Apabila ditanya, pihak terbabit memaklumkan ia adalah polisi syarikatnya dan pemasangan akan disiapkan dalam tempoh satu hari.

Ekoran itu, Jay membuat bayaran penuh walaupun tidak pernah melihat sebarang progres daripada syarikat terbabit melainkan berkaitan pemegang kabinet.

Bagaimanapun, pada hari yang dijanjikan untuk pemasangan, Jay dimaklumkan bahawa pihak syarikat tersebut hanya datang meletakkan tangga sebelum bergerak pulang dari site.

Terkejut dengan situasi tersebut, dia kemudian bertanyakan kenapa pemasangan belum dilaksanakan.

Antara perbualan Jay dengan pihak terbabit.

Antara perbualan Jay dengan pihak terbabit.Antara perbualan Jay dengan pihak terbabit.

Namun jawapan yang diterima amat mendukacitakan sehinggalah memakan masa beberapa bulan.

“Dia asyik bagi alasan... tak ada kereta, kekurangan staf, tukang buat kerja tempat lain dulu. Pernah juga dia salahkan kontraktor warehouse saya.

“Bila dah drag masa, saya mula bertegas dan minta dia segerakan pemasangan. Dia datang buat apabila saya tiada sahaja... bila tengok kerangka dipasang senget, saya komplen dan dia cakap memang macam tu.

“Kemudian dia terus mendiamkan diri. Mesej dan call saya tidak berjawab sehinggalah saya pergi ke syarikatnya,” ujar Jay yang sekali lagi tergamam melihat syarikat terbabit kerana kelihatan seperti tempat kitar semula.

Selepas kira-kira dua bulan, kabinet yang dipasang tidak menepati kehendak Jay.

Ia bukan sahaja senget, tetapi turut berlubang dan hanya bertampal dengan kapur selain mempunyai kesan tertanggal.

Menurut Jay, daripada pengamatannya, material yang digunakan seolah-olah gabungan daripada kabinet kitar semula kerana saiz tidak sama serta terdapat kesan kotor.

Hasil pemasangan tidak berkualiti dan berlubang.

Hasil pemasangan tidak berkualiti dan berlubang.

“Bila saya tanya kenapa keadaan macam tu, dia jawab belum finishing dan tidak ada pekerja untuk melakukannya.

Kualitinya memang teruk serta tidak kemas... tak seperti yang saya mahukan. Mereka juga tak profesional ketika berurusan dengan pelanggan.

SUZEI

“Sebab tak berpuas hati, saya minta dia refund semula duit dan ambil kabinet yang telah dipasang... masa tu dia setuju untuk refund. Tapi lepas seminggu saya hantar invois untuk refund, dia diamkan diri.

“Semalam (23 Ogos) saya pergi ke kedai, tapi dia tutup pintu kedai dan cakap suami tak ada. Saya pelik sebab dia takut sedangkan deal dilakukan dengan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik akaun bank terima RM11,668 munculkan diri, nafi jadi scammer ‘sedut’ wang milik wanita... Hanya mengaku kad ATM tercicir

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

“Saya cakap yang saya datang untuk hantar barang dia... jadi terpaksa letak di luar sahaja. Saya terpaksa arahkan kontraktor saya untuk buka dan hantar sendiri ke kedai mereka.

Antara reaksi netizen dan 'mangsa'.

Antara reaksi netizen dan 'mangsa'.

“Suami dia datang tengok terus serang pekerja saya dan buat seolah-olah dirinya mangsa keadaan. Bila tanya refund, dia cakap perkara tu tak legal kemudian dia dakwa kesan lekang sebab saya biar kabinet dia di luar,” luahnya lagi.

Enggan berlarutan, Jay kemudian membuat laporan polis berhubung perkara yang berlaku termasuk pekerjanya dicederakan semasa menghantar kabinet dapur.

Tambahan pula, dia kerugian kira-kira RM45,000 termasuk kos pemasangan kabinet berkenaan dan bayaran sewaan gudang berikutan mengambil masa sehingga hampir tiga bulan.

Malah katanya, video pemasangan dan hasil kabinet yang dirakam ditularkan demi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan syarikat tersebut.

Berdasarkan perkongsian yang dilakukan di TikTok, rupa-rupanya ramai yang sudah menjadi mangsa syarikat berkenaan.

Turut berkongsi pengalaman sama, Suzei, 36, berkata, dia juga menjadi mangsa syarikat tersebut pada bulan lepas ketika mencari syarikat untuk membuat pemasangan kabinet kasut dan almari di rumah studionya.

Pemasangan kabinet tidak menepati kehendak Suzie.

Pemasangan kabinet tidak menepati kehendak Suzie.

Bercerita mengenainya, ujar Suzei, tukang tersebut diperkenalkan rakannya yang sedang mendapatkan perkhidmatan berkaitan.

“Kenal daripada rakan sebab masa tu rumah dia tengah dalam kerja pemasangan dengan syarikat tu. Masa dah siap, dia bagi peringatan pada saya yang hasil memang teruk.

“Tapi pada masa tu, saya dah bayar deposit. Memang decided untuk hentikan pemasangan tapi syarikat berkenaan buat tak tahu.

“Disebabkan itu, kerja pemasangan diteruskan juga dan kualitinya memang teruk serta tidak kemas... tak seperti yang saya mahukan. Mereka juga tak profesional ketika berurusan dengan pelanggan.

“Bukan itu sahaja, bahasa yang digunakan sangat kasar selain enggan mengaku kesilapan sendiri,” ujarnya yang kerugian RM5,500.

Suzei turut melaporkan perkhidmatan yang dianggap sebagai penipuan itu kepada polis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain