suria

Pemilik akaun bank terima RM11,668 munculkan diri, nafi jadi scammer ‘sedut’ wang milik wanita... Hanya mengaku kad ATM tercicir

Netizen mendakwa individu terbabit berkemungkinan mangsa keldai akaun.

WANG lesap daripada akaun persendirian sering dikaitkan dengan ‘keldai akaun’ iaitu mereka yang terlibat dengan sindiket penipuan kewangan secara atas talian.

Malahan sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat iklan perkhidmatan menyewa akaun sekitar RM100 hingga RM600.

Terbaharu dalam kes kehilangan duit yang melibatkan seorang wanita bernama Lily Natty Elegance berjumlah RM11,668, ‘penerima’ menafikan bahawa dia terlibat dengan wang yang dipindahkan ke akaun miliknya sebagaimana tertera pada notifikasi perbankan.

Perkara itu dikongsikan Lily selepas dia menerima mesej daripada individu terbabit yang bernama Mohammed Azri sejurus pendedahan yang dibuatnya tular di media sosial.

Lily sedih kerana bank tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan duit simpanannya.

Lily sedih kerana bank tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan duit simpanannya.

Dia yang terkejut mendapat mesej daripada penerima transaksi berkenaan memberitahu, Mohammed Azri berjanji akan memberikan kerjasama demi membersihkan nama baiknya yang telah tercemar.

“Katanya pagi tadi dia perasan dan terus ke balai polis buat report. Dia berjanji akan bekerjasama demi bersihkan namanya... dia juga tak tahu menahu,” ujar Lily menerusi posting di Facebook.

Kad bank akaun tersebut tercicir sejak dua bulan yang lepas... saya buat laporan ini sebagai penafian.

MOHAMAD AZRI

PEMILIK AKAUN BANK PENERIMA

Malah individu bernama Mohammed Azri yang berusia 26 tahun itu turut berkongsikan salinan laporan polis yang dibuatnya di daerah Miri, Sarawak kepada Lily.

Berdasarkan laporan, dia menyatakan kad ATM miliknya tercicir sejak dua bulan lalu.

"Untuk makluman akaun bank tersebut (Hong Leong Bank) saya tidak gunakan dan kad bank akaun tersebut juga tercicir sejak dua bulan yang lepas. Saya buat laporan ini sebagai penafian," kata Mohammed Azri dalam laporannya.

Dalam pada itu Lily berkata dia kecewa apabila pihak bank enggan bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Lily terkejut apabila duit simpanannya tiba-tiba lesap tanpa melakukan sebarang transaksi. Gambar hiasan

Lily terkejut apabila duit simpanannya tiba-tiba lesap tanpa melakukan sebarang transaksi. Gambar hiasan

Posting baharunya itu turut menjadi tular di media sosial dan kebanyakan warganet bimbang sekiranya penipuan tersebut turut melibatkan Ah Long atau syarikat pinjaman tidak berlesen.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit RM13,000 lesap pukul 2 pagi! Dr Rafidah pelik 3 transaksi berlaku tanpa TAC... Bakal tutup akaun bank selepas 30 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 2 bulan nak kahwin, duit simpanan RM5,000 lesap... Tapi sedikit pun pemuda ini tak gelabah - “Kalau pencuri tu terdesak, saya halalkan”

“Kadang-kadang ada yang pinjam Ah Long. Kad bank mereka Ah Long pakai. Ada juga sindiket yang dapat duit bulan-bulan apabila dia bagi orang lain guna akaun bank. Dah hilang dua bulan baru nak buat report polis.

Komentar yang ditinggalkan warganet.

Komentar yang ditinggalkan warganet.

“Sepatutnya apabila kad bank hilang kena buat report terus dan bank akan sekat akaun dan sebagainya.

“Banyak persoalan juga ni, dia tak report masa kad tu hilang dan kalau hilang pun orang tak boleh guna? Melainkan wave time beli barang.

“Rasa macam pelik sebab akaun tu dah tutup atau belum? Jika belum rasanya akaun tu masih aktif. Pastinya ada transaksi yang berlaku. Mana mungkin pemilik akaun tidak tahu.

"Jadi ada dua kemungkinan iaitu akaun masih aktif tetapi kad bank memang benar hilang dan akaun aktif tetapi kad bank dah diberikan pada orang lain.

“Kalau orang terjumpa kad macam mana boleh tahu nombor akaun dia. Dekat Facebook sekarang ada scammer tawarkan untuk sewa akaun bank. Ada yang jual untuk dapat duit.

“Dia kemungkinan keldai akaun, kalau kad tercicir... nombor akaun tak ada siapa yang tahu, akaun tu dikawal oleh hacker yang attack your company account,” ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain