suria

Majikan tak bagi solat, pekerja kena layan pelanggan VIP tak kira masa... terpaksa Zohor hujung waktu sambung dengan Asar

Pengadu berkata dia susah untuk menunaikan solat kerana tuntutan kerjanya.

KESIBUKAN bekerja bukan alasan untuk kita meninggalkan kewajipan sebagai umat Islam.

Namun, bagaimana pula jika ada majikan yang menghalang pekerja mereka untuk menunaikan solat?

Begitulah kisahnya mengenai seorang pengadu yang mendakwa terpaksa meninggalkan solat atas desakan kerja di sebuah syarikat.

solat2

Pengadu berkata dia baru sahaja bekerja di syarikat berkenaan. (Gambar Hiasan)

"Saya baru kerja dekat sebuah syarikat sebagai admin. Tempat ni kebanyakan pelanggan merupakan VIP.

"Jadi servis kena tip-top la gitu kan. Tapi mula kerja ni ada satu masalah sikit. Saya tak boleh keluar solat Maghrib.

"Sebab nanti tak ada siapa nak jaga pelanggan, saya bahagian front desk. Saya seorang saja yang bertugas," dakwa pengadu itu.

Menurut pengadu lagi, dia buntu dengan situasi yang dihadapi memandangkan waktu untuk solat cukup terhad di syarikat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pondan dihina solat di surau... jangan jadi asbab sehingga orang lain putus asa nak berubah, terus buat kebaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah dalam rumah, orang surau berzikir dan ceramah guna pembesar suara... “Serabut banyak sangat bunyi kena dengar”

"Bos tak bagi saya keluar daripada kawasan kerja untuk solat. Saya baru kerja beberapa hari. Nak tanya pendapat orang yang lebih mahir dalam ilmu agama berkaitan hal ini.

"Waktu rehat pun saya makan pukul 4 petang sebab nak solat sekali Zohor dan Asar. Bantulah saya yang jahil bab agama ini.

"Semoga yang membantu saya dalam hijrah saya ini mendapat pahala dan dipermudahkan urusan, amin," luahnya lagi.

solat 3

Ada netizen memberi cadangan agar pengadu membuat aduan kepada pihak berkuasa. (Gambar Hiasan)

Pengadu berkongsi luahan hatinya menerusi kiriman mesej kepada personaliti popular Twitter @pedoqpop.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut memberi pandangan kepada pengadu termasuklah yang meminta dia membuat laporan kepada pihak berkaitan.

"Solat tanggungjawab orang Islam. Kerja pun tanggungjawab. Tapi sebagai Muslim, kalau kehendak Allah bertentangan dengan kehendak sesiapa pun atas dunia, dahulukan kehendak Allah.

Waktu rehat pun saya makan pukul 4 petang sebab nak solat sekali Zohor dan Asar.

PENGADU

"Boleh lapor ke pejabat buruh. Syarikat tak boleh halang staf untuk solat.

"Paling mudah cari kerja lain. Tak pun cari ruang dalam pejabat dan minta kebenaran solat 10 ke 15 minit.

"Sembahyang sebelah meja tu kalau ada ruang la. Sekurang-kurangnya tak tinggal meja kerja. Nanti kalau ada pelanggan datang bos yang malu," tulis beberapa netizen.

file6g2doxrocm97fxqgm72

Pengadu berkata, dia terpaksa menunaikan solat Asar dan Zohor serentak pada pukul 4 petang. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah berhadapan situasi sama turut berkongsi pengalaman mereka pada posting berkenaan.

"Pernah kerja butik. Solat Jumaat pun tak bagi. Siap pesan kalau nak solat Jumaat, waktu rehat sejam, itu pun kalau dapat rehat pukul 1 hingga 2. Kalau rehat pukul 12 hingga 1 tak dapatlah. Memang kerja tiga hari terus berhenti.

"Tinggalkan je lah. Pernah kerja dulu tak dapat solat Jumaat, dua hari je kerja. Lepas tu terus berhenti," tulis pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain