suria

Pemandu e-hailing miang! Pakaian jadi bahan lucah, wanita nekad buka pintu kereta... Uncle teksi tak takut undang-undang!

Pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada penumpang.

KEHADIRAN lelaki 'hidung belang' dalam komuniti pemandu e-hailing amat membimbangkan penumpang wanita lebih-lebih lagi jika menggunakan perkhidmatan itu secara bersendirian.

Malah kejadian gangguan seksual dengan kata-kata berbaur lucah sering kali dilaporkan berlaku dalam kalangan pemandu e-hailing.

Terbaharu seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing pada pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Wanita ketakutan, terpaksa tadah telinga dengar bebelan pemandu Grab antivaks, siap salahkan suami tak halang ambil booster

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

Menerusi perkongsian di Twitter, wanita dikenali sebagai Michi berkata pemandu berkenaan pada mulanya mengeluarkan komen lucah tentang pakaiannya.

"Selepas saya menunjukkan reaksi tidak selesa, dia berhenti di tengah jalan dan enggan meneruskan pemanduan.

"Dia kemudian memandu secara merbahaya kerana saya tidak mahu turun dari kereta, pada ketika itu kami berada di tengah-tengah lebuh raya.

Perkongsian yang dibuat Michi.

Perkongsian yang dibuat Michi.

"Bimbang kemalangan berlaku, saya terpaksa membuka pintu kereta supaya dia menghentikan pemanduan. Kejadian itu menyebabkan saya rasa tidak selesa dan berada dalam ketakutan.

"Diharapkan dia mendapat balasan setimpal," ujarnya yang turut berkongsi gambar serta maklumat pemandu tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah pemandu berkenaan mendapat rating 4.9 bintang daripada pelanggan manakala kenderaan jenis Toyota Innova itu menggunakan nombor pendaftaran teksi.

Susulan itu wanita tersebut berkata dia kemudian berjalan ke stesen minyak berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing lain.

Pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada penumpang.

Pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada penumpang.

"Saya bertuah kerana kejadian berlaku pada waktu siang, atau mungkin dia akan bawa saya ke tempat lain dan merogol saya," tulisnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut akhirnya mendapat respons daripada syarikat e-hailing terbabit.

Menerusi akaun Twitter @GrabMY, syarikat berkenaan menyatakan pihaknya kesal dengan tindakan pemandu berkenaan.

Grab memberi komen balas pada ciapan Michi.

Grab memberi komen balas pada ciapan Michi.

"Kami kesal dengan tindakan yang dilakukannya, Michi. Kami akan mengambil tindakan susulan mengenai perkara ini. Tindakan tegas dan sewajarnya akan diambil.

"Perkara ini tidak boleh diterima dan kami telah mengemukakan butiran pemandu kepada pasukan disiplin.

"Sekali lagi, kami memohon maaf atas kejadian buruk yang dilalui," tulis pengendali akaun Grab.

Ketika saya meninggalkan kenderaan, saya katakan akan pastikan Grab pecat dia. Tapi dia maklumkan tak kisah kerana dia merupakan pemandu teksi.

MICHI

Dalam pada itu Michi berkata dia akan membuat laporan polis tentang perkara ini pada Isnin.

Ujar Michi lagi pemandu berkenaan dilihat seperti tidak takut andai perbuatannya itu dilaporkan kepada pihak berwajib.

"Ketika saya meninggalkan kenderaan, saya katakan akan pastikan Grab pecat dia. Tapi dia maklumkan tak kisah kerana dia merupakan pemandu teksi.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Saya harap lesennya akan digantung selama-lamanya supaya dia tidak mengganggu orang lain pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, warganet mengesyorkan Michi membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dilakukan sekali gus mengelakkan insiden sama berulang kepada penumpang lain.

"Apa yang saya tahu, pihak e-hailing hanya menamatkan atau menggantung pemandu tersebut. Tolong buat laporan polis dan dapatkan bantuan peguam. Kita tidak mahu kejadian sama berlaku kepada orang lain.

"Tolong buat laporan polis yang menyatakan pemandu mengeluarkan kenyataan berkaitan rogol semasa memanggil awak," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain