suria

Selepas meremang guna komputer depan ‘bilik keras’, doktor menyesal tanya nurse pengalaman jumpa hantu! Seram kisah ‘uri dan bunyi mengunyah’

Dr Ahmad Samhan (gambar kecil) berkongsi kisah ketika bertugas di dewan bersalin. Foto wad sekadar gambar hiasan

KEBANYAKAN doktor pasti pernah merasai pengalaman bertugas di dewan bersalin.

Di sebalik kesibukan di dewan bersalin, seorang doktor sempat berkongsi pengalaman mengenai sebuah bilik yang dikatakan 'keras'.

ARTIKEL BERKAITAN: Semasa cucuk jarum doktor tak rasa apa pun, sampailah ada garam di wad bersalin... terbongkar kisah 'ulek mayang' pesakit - "Terbayang mata terbeliak, kain kuning di perut"

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Kerusi roda bergerak sendiri dirakam CCTV hospital... 'digunakan' pemiliknya yang sudah meninggal dunia

"Dewan bersalin tak pernah lengang. Setiap hari bilik bersalin akan penuh. Sampaikan terpaksa pilih yang mana betul-betul nak bersalin baru dipanggil masuk dewan bersalin.

"Tapi yang hairan sepanjang aku bekerja di sini ada satu bilik tak pernah digunakan. Pelik. Ada yang kata bilik itu 'keras'.

"Ada ibu bersalin pernah kena sampuk la. Ada yang kata 'penunggu' tapak tanah asal bangunan ini selalu ada di situ. Ada kata saka pernah dibuang di situ," tulisnya di Facebook.

Sama ada benar atau tidak, doktor berusia 36 tahun itu mengakui dirinya bukanlah seorang yang terlalu percaya hal-hal berkaitan dengan hantu.

"Tak pernah pula dalam hidup ini terserempak dengan hantu. Minta jauh la," katanya yang berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan.

kisah seram dr samhan 7

Terdapat sebuah bilik yang dikatakan 'keras'. gambar hiasan

Bercerita lanjut, Dr Ahmad Samhan berkata, terdapat sebuah kaunter bertentangan dengan bilik 'keras' itu, termasuk komputer yang sangat jarang digunakan kerana dimomokkan dengan kisah seram.

"Semua tak berani. Tak nak cari pasal. Aku ini bukanlah berani sangat. Tapi malas nak hirau sangat," ujarnya.

Tambah Dr Ahmad Samhan, ada satu malam menyaksikan ibu-ibu tidak berhenti bersalin.

"Lepas satu, satu. Berebut guna komputer. Tiada komputer yang kosong. Aku nak cepat. Banyak benda nak settle.

"Ah, pedulilah. Guna je la komputer depan bilik 'keras' tu. Lagipun, bukan betul pun. Masa tengah aku menaip, aku dapat rasakan bulu roma menegak.

"Seram sejuk. Banyak lagi aku nak taip ni. Aku cuba fokus. Pintu bilik itu memang terbuka. Hanya ada katil. Gelap," katanya.

Berasa seperti diperhatikan, doktor itu cuba mengalihkan tumpuannya dengan tidak memandang ke arah bilik berkenaan.

"Ada mata memerhati setiap gerak geri aku... Kalau aku pandang dan nampak ada sesuatu yang tengah bertenggek atas katil dengan mata merah tengah tenung aku, kang susah. Mahunya aku sawan," katanya yang segera menyelesaikannya tugasan di situ dan beredar.

kisah seram dr samhan 5

Seorang jururawat berkongsi kisah seram kepada Dr Ahmad Samhan. gambar hiasan

Berbual dengan seorang jururawat yang berpengalaman lebih 15 tahun, Dr Ahmad Samhan memulakan topik dengan bertanyakan tentang kewujudan hantu.

"Akak, betul ke hantu ini wujud. Sepanjang saya kerja tak pernah pula saya jumpa hantu, tanya aku pada salah seorang misi sambil membelek kepingan kertas.

"Entahlah doktor, akak pun tak pernah tengok dengan mata sendiri. Tapi ada satu peristiwa yang akak sampai sekarang tak boleh lupa. Masa itu akak baru jadi misi," katanya yang mengimbas kembali perbualan tersebut.

Masa tengah aku menaip, aku dapat rasakan bulu roma menegak. Seram sejuk.

DR AHMAD SAMHAN

Menurut jururawat itu, suatu malam selepas selesai tugasan menyambut bayi yang baru lahir, uri dan semua peralatan yang digunakan diletakkan di atas troli.

"Troli ditolak masuk ke bilik kotor. Uri perlu dibasuh sebelum diberikan pada ibu. Selesai uri dibasuhkan, dibungkus dengan elok dan letakkan di troli yang berada di belakang.

"Sedang asyik, membasuh peralatan lain kedengaran bunyi seperti orang tengah mengunyah. Bunyi sesuatu digigit, bibir atas dan bibir bawah berlaga. Sesekali gigi berlaga.

"Seperti orang mengunyah. Tapi buat tak peduli. Mungkin hanya mainan perasaan. Kedengaran seseorang menapak masuk ke bilik itu. Rupanya 'sister', lega," ujar jururawat itu yang merujuk kepada rakan setugas.

kisah seram dr samhan 6

Posting Dr Ahmad Samhan di Facebook.

Tambah jururawat itu lagi, 'sister' berkenaan tiba-tiba menjerit: "Letak balik! Aku cakap letak balik!"

Timbul tanda tanya, namun amaran itu bukan ditujukan kepada jururawat tersebut, sebaliknya 'pihak lain' di bilik berkenaan.

"Bukan awak, tapi dia!" kata 'sister' tersebut.

"Sumpah. Terus seriau. Meremang bulu lengan sampai ke leher. Sister terus menuju ke arah bawah sinki dan kutip sesuatu. Ini bungkusan uri yang baru dibasuh tadi. Esoknya akak terus demam... itulah pengalaman akak, doktor.

"Bulu roma aku turut meremang tak turun-turun dengar cerita ini. Menyesal pula aku suruh cerita pengalaman jumpa hantu," kata Dr Ahmad Samhan mengakhiri perkongsiannya di Facebook sehingga menimbulkan tanda tanya apakah yang dilihat 'sister' di bilik tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain