suria

‘Dilarang’ bawa beg ke kelas... pelajar ganti dengan tong nasi lemak, penyangkut baju! Pensyarah tunjuk reaksi tak disangka

Antara rakan sekelas Safiah yang kreatif menjayakan 'No Bag Day'.

ALANGKAH seronoknya jika kehidupan dikelilingi rakan-rakan yang sekepala, 'sporting' dan gila-gila.

Secara tidak langsung situasi ini mampu mengurangkan tekanan selepas sekian lama mengadap buku dan menyiapkan tugasan sebagai seorang penuntut.

Lebih seronok sekiranya masing-masing sekepala untuk mengambil bahagian apabila timbulnya idea atau acara spontan yang diutarakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasakan! ‘Hantu’ comot selepas sebungkus paprik ayam hinggap di muka ketika cuba usik mangsa - “Dia merajuk dan terus tidur”

ARTIKEL BERKAITAN: Kena prank dek rakan sekampus, laptop 'hilang' punca siswa bikin video parodi... tak sangka follower bertambah, kawan baharu pun ramai!

Begitulah kecohnya sekumpulan 32 pelajar sebuah kolej ini yang begitu 'sporting' apabila masing-masing tampil dengan idea kreatif ketika ke kelas demi menjayakan 'Hari Tanpa Beg' (No Bag Day) baru-baru ini.

Masing-masing mengisi alat tulis dan buku nota dalam bekas yang 'rare' seperti tong nasi, kotak motosikal, baldi, penyangkut baju, kotak bijirin, kain batik dan macam-macam lagi.

Berkongsi cerita dengan mStar, salah seorang pelajar, Safiah Syahirah Saari yang memuat naik video lucu gelagat rakan sekelasnya di media sosial berkata, idea tersebut muncul secara spontan selepas terinspirasi dengan sebuah video TikTok dari luar negara.

"Sebenarnya kawan saya nampak satu video dari luar negara yang buat 'no bag day'. Dia usulkan kenapa tidak kami sekelas buat macam tu juga. Tak ada sempena apa pun, sekadar suka-suka saja.

peah 3

Kotak bijirin, rak, penyangkut baju, kotak motosikal dan pelbagai lagi barang yang dibawa rakan sekelas Safiah.

"Kemudian dia mesej dalam grup WhatsApp kelas kami, untuk dapatkan feedback mereka dan masing-masing okay. Hari yang dirancang, tengok-tengok masing-masing datang ke kelas dengan gaya terlebih kreatif.

"Kebetulan minggu itu kami tak ada bawa buku teks atau buku rujukan yang berat-berat sebab minggu ulangkaji. Hanya bawa nota saja. Jadi boleh juga hilangkan stres sambil-sambil cipta 'bonding' dengan rakan sekelas," ujar penuntut jurusan seni kulinari dari Kolej Vokasional (ERT) Setapak, Kuala Lumpur ini.

Menurut Safiah, gelagat dia dan rakan-rakan sekelasnya juga menarik perhatian pensyarah yang turut tidak ketinggalan merakamkan aksi mereka.

peah 2

Safiah dan rakan sekelas yang mengikuti jurusan seni kulinari.

"Kami memang sekepala dan selalu juga rekod video TikTok sekelas. Setakat ini belum berkesempatan buat aktiviti luar bersama-sama sebab agak susah nak kumpul semua memandangkan masing-masing ada komitmen lain juga.

"Jadi lebih senang di kolej. Saya pula memang suka rekod dan muat naik video di media sosial untuk diabadikan sebagai kenangan.

"Masa inilah apabila banyak waktu dihabiskan dengan kawan-kawan, kita cipta seberapa banyak memori bersama-sama," ujarnya yang berasal dari Bukit Jalil.

Benda seperti ini bukan untuk diabadikan sebagai memori semata-mata tetapi secara tak langsung kukuhkan 'bonding' dengan rakan-rakan.

SAFIAH SYAHIRAH SAARI

Tidak menyangka videonya meraih melebihi 411,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Safiah berkata dia gembira perkongsian tersebut sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada pelajar lain untuk turut melakukan aktiviti dengan rakan-rakan sekuliah.

"Ada yang komen, jarang dapat classmate macam ni yang gila-gila dan sekepala. Bagi saya, benda seperti ini bukan untuk diabadikan sebagai memori semata-mata tetapi secara tak langsung kukuhkan 'bonding' dengan rakan-rakan.

peah 1

Gambar sewaktu meraikan sambutan Hari Guru.

"Mungkin ada classmate yang tak sporting. Tapi takkan disebabkan orang tak sporting, kita jadikan alasan untuk tak buat something yang fun.

"Apa kata kita ajak join, jadi mereka mungkin berubah watak jadi sekepala juga. 'Bonding' ni penting lebih-lebih lagi kita sering terlibat dengan group assignment atau event.

"Bila dah cipta 'bonding', automatik tak ada rasa canggung sesama sendiri, jadi apa jua tugasan berpasukan selepas ini lebih mudah," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain