suria

Melampau! Wanita ketakutan, terpaksa tadah telinga dengar bebelan pemandu Grab antivaks, siap salahkan suami tak halang ambil booster

Fyna terpaksa berhadapan dengan seorang lelaki yang dikatakan antivaksin sepanjang perjalanan ke pusat beli-belah One Utama, Selangor.

“FIRST time ya saya jumpa orang anti vaksin ni. Selalu dengar cerita je”

Begitulah luahan di kapsyen sebuah rakaman yang tular baru-baru ini di laman sosial mengenai pengalaman seorang wanita yang menaiki kenderaan e-hailing Grab yang dipandu oleh individu lelaki dalam kalangan anti vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontak rapat dah terima dos penggalak, tidak bergejala tak perlu kuarantin - KJ

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

Menurut wanita hanya ingin dikenali sebagai Fyna, 26, dia dikritik oleh pemandu Grab yang mengambilnya di pusat pengambilan vaksin dos penggalak di Selayang, Selangor.

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini, walaupun telah ditegaskan olehnya bahawa dia mengambil vaksin dos penggalak ini atas kerelaan diri tetapi pemandu Grab ini tetap melontarkan buah fikirannya yang tidak berpuas hati dengan keputusan wanita ini.

“Ceritanya, sebaik selesai ambil dos booster di Selayang, saya panggil Grabcar untuk ke One Utama sebab ada urusan di sana.

“Sebaik masuk je kereta, dia terus tanya ‘Puan Fyna kena paksa ambil booster dengan majikan ke?’. Kemudian saya jawab ‘Oh tak, ni rela hati sebab saya ada anak di rumah.

“Lepas saya bagi jawapan macam tu, dia mula berhujah tanpa henti. Saya OK saja dapat pemandu suka berborak tapi yang ni dikira melampau. Siap salahkan suami saya sebab tak halang saya ambil dos booster,” ujar Fyna.



Foto wanita ini bersama dengan suami dan anaknya.

Menurut wanita yang menetap di Gombak ini, dia hanya mendiamkan diri sahaja ketika itu kerana bimbang dengan keadaan pemandu yang kelihatan berang apabila bercakap dengannya.

Jelas Fyna, kejadian yang berlaku ini membuatkan perjalanan pendek menjadi panjang kerana terpaksa mendengar leteran pemandu itu sehingga tiba ke destinasi.

“Cara saya handle conversation tu, saya diam je sebab takut sendirian dalam kereta tu. Risau jika terdapat percanggahan pendapat nanti lain pula jadinya.

“Perjalanan dari Selayang ke One Utama, tidaklah jauh cumanya saya rasa jauh sebab borak pasal vaksin. Bila saya cuba nak bagi pendapat, dia potong jadi saya diam jelah.

“Ada juga dia kaitkan isu politik. Dia tak puas hati solat Jumaat kena ambil booster. Saya rasa nak nangis dah masa kejadian tu sebab sorang-sorang. Jauh pula rasa nak sampai,” kata Fyna.



Fyna menjelaskan kepada pemandu itu antara penyebab dia mengambil dos penggalak adalah demi keselamatan anaknya yang masih kecil.

Malah, tidak terhenti di situ sahaja apabila Fyna dianggap terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat mengambil tahu mengenai isu semasa di Facebook berkenaan vaksin.

Ujar Fyna, dia cuba untuk memberi pendapat bahawa kesan apabila mengambil vaksin booster ini risikonya rendah namun percakapannya dipotong oleh pemandu Grab kerana beranggapan kenyataan itu ‘kelaut’.

Berikutan video yang tular di Tiktok, Fyna dihujani dengan komen netizen yang turut memberi pendapat mereka mengenai sikap pemandu Grab tersebut.

“Mana boleh driver Grab antivaks.

“Biasa species pakcik ni dia buat kajian dekat Facebook, pastu yakin dia level ayah pin.

“Tahniah sebab berjaya tahan perasaan. Next time kalau terjumpa lagi style-style sibuk nak berbual macam ni, pakai earphone, dengar lagu kuat-kuat,” komen beberapa netizen terhadap video tersebut.



Fyna mengakui bahawa ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan golongan anti vaksin.

Menurut pendapat Fyna sendiri, pemandu Grab ini sepatutnya tidak boleh berbual tentang hal peribadi sebab sudah jelas penumpang tak selesa.

Justeru, wanita ini turut berharap tiada lagi penumpang lain mengalami pangalaman seperti yang dilaluinya kerana Fyna merupakan seorang wanita jadi dia ada perasaan tak selesa and takut dengan situasi begitu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain