suria

Sehari selepas hadiah kereta buat wanita bawa OKU… Ebit Lew beri Proton Saga kepada suami isteri istimewa pula, siap bayar cash!

Ebit menghadiahkan sebuah kereta buat pasangan OKU ini.

RAKAMAN tular memaparkan seorang lelaki yang sedang menolak isterinya menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat Bagan Dalam, Pulau Pinang ternyata meruntun hati netizen.

Penangan kuasa viral membolehkan kisah pilu itu mendapat perhatian personaliti dakwah Ebit Lew, sehingga dia turun padang menyantuni pasangan itu pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit berkata, dia menghadiahkan sebuah kereta Proton Saga BLM buat pasangan suami isteri itu untuk memudahkan kehidupan seharian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantas! Ebit Lew hadiah Perodua Bezza kepada wanita bawa OKU dalam motosikal roda tiga... Tapi netizen pertikai, kenapa dapat cepat?

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga aiskrim potong dedah identiti wanita OKU dibawa motor roda tiga... enggan terima bantuan bukan sebab sombong, lebih afdal infaq di bulan Ramadan

"Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di trafic light Bagan Dalam Penang.

"Pasangan suami isteri ni ada kad Orang Kelainan Upaya (OKU). Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka," tulis Ebit kepada 5.5 juta pengikutnya.

Tambah Ebit, wanita OKU itu turut menangis terkejut apabila dihadiahkan kereta berkenaan.

"Semalam (Ahad) dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM.

ebit2

Ebit menyantuni pasangan ini pada Isnin.

"Menangis gembira kakak ni. Kenal saya. Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru.

"Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan kedua," ujar Ebit lagi.

Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda.

EBIT LEW

Selain pasangan OKU ini, Ebit pada Ahad turut menghadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza untuk seorang wanita dikenali sebagai Hijrah Soleh di Terengganu.

Kisah Hijrah Soleh yang membawa ibu saudaranya berstatus OKU menaiki motosikal roda tiga, tular baru-baru ini sehingga meraih perhatian rakyat Malaysia.

Di ruangan komen laman Instagram, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa syukur atas bantuan tersebut.

ébit3

Ebit akui sebak apabila mengenangkan kisah hidup pasangan itu.

Malah, mereka turut mendoakan Ebit diberikan kesihatan berpanjangan dan berharap segala urusan pendakwah itu dipermudahkan.

"Terima kasih Ebit Lew tolong pasangan ni. Beberapa hari lepas tengok video pasangan ni meleleh air mata.

"Allahuakbar... semoga Allah murahkan lagi rezeki ustaz untuk membantu orang yang memerlukan.

"Terima kasih, moga kita dimurahkan rezeki untuk membantu yang memerlukan," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain