suria

Hubungan intim 7 kali seminggu kurangkan risiko kanser? Doktor akui tak pernah nasihat macam tu, siap tegur pakai stetoskop demi jual produk

Tangkap layar video seorang wanita yang mendakwa kebaikan melakukan hubungan intim.

KECOH mengenai video seorang wanita yang berkongsi maklumat mengenai kebaikan dari segi kesihatan sekiranya melakukan hubungan intim.

Menerusi perkongsian video 34 saat itu, ia menerangkan mengenai kebaikan kekerapan melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Dakwanya, melakukan hubungan intim sekali seminggu dapat menghilangkan stres, meningkatkan imuniti badan (dua kali), membakar lemak degil (tiga kali) dan menyihatkan jantung (empat kali).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terpedaya! Dr Amalina bengang, 'Miera' guna namanya lariskan produk suplemen - "Ikut nasihat doktor kalau sakit diabetes"

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

Wanita tersebut turut mendakwa bahawa lima kali seminggu melakukan hubungan intim dapat menjadikan awet muda, tidur lebih nyenyak (enam kali) dan mengurangkan risiko kanser (tujuh kali).

hubungan intim risiko kanser 4

Tangkap layar video mengenai kebaikan kekerapan hubiungan intim.

Melabelkan sebagai pakar hamil, ia menjual produk set kesuburan suami isteri yang didakwa membantu meningkatkan peluang hamil, malah menawarkan kereta sorong bayi secara percuma kepada pengguna yang berjaya hamil.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk menjadikannya sebagai bahan jenaka.

"Fikir dulu ye nak berapa kali sebab semuanya ada kebaikannya untuk kesihatan.”

"Yang single baik kahwin cepat. Nanti kena kanser, tak awet muda, lemah badan, lemah jantung, semualah," demikian antara komen-komen netizen.

hubungan intim risiko kanser 3

Turut mendakwa beberapa kebaikan menerusi kekerapan hubungan intim.

Bagaimanapun, pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong menyifatkan video tersebut dibuat demi melariskan produk menerusi platform media sosial.

"Banyak betul orang jual produk kat tiktok ni. Macam-macam cara.

"Nak jadikan menarik, bagi ayat-ayat mengarut tapi click-bait macam ni. Sampai 82,000 likes, memang giler ramai yang tertarik," tulisnya menerusi satu posting di Facebook dengan memuat naik tangkap layar video TikTok berkenaan.

hubungan intim risiko kanser 2

Posting Dr Sakinah di Facebook.

Dr Sakinah yang juga Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia turut mempersoalkan kajian yang mengaitkan hubungan intim dengan risiko penyakit kanser.

"Kajian manalah yang cakap buat hubungan intim tujuh kali seminggu kurangkan risiko kanser? Kami doktor yang duk tengok pesakit, tak pernah nasihat macam ni.

Nak kurangkan risiko kanser, antara lainnya elakkan merokok (aktif mahupun pasif), kurangkan makanan yang diproses dan daging merah, hindari obesiti, cegah diabetes, breastfeeding, ambil vaksin bagi HPV dan hepatitis.

DR SAKINAH SULONG

"Nak kurangkan risiko kanser, antara lainnya elakkan merokok (aktif mahupun pasif), kurangkan makanan yang diproses dan daging merah, hindari obesiti, cegah diabetes, breastfeeding, ambil vaksin bagi HPV dan hepatitis (sekadar menyebut apa yang common).

"Tak pernah dinasihatkan agar melakukan hubungan intim tujuh kali seminggu," tegas beliau.

dr sakinah sulong

Dr Sakinah Sulong. foto Sakinah Sulong

Dalam pada itu, Dr Sakinah juga menegur gaya penyampaian wanita di dalam video yang menggunakan stetoskop yang merupakan alat digunakan doktor bagi mendengar degupan jantung.

"Kalau nak jual barang, mesti pakai stetoskop ke?" soal Dr Sakinah yang merujuk kepada kebanyakan video wanita tersebut memakai alat berkenaan.

Video mengenai 'kebaikan kekerapan melakukan hubungan intim bersama pasangan' itu meraih 2.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Hasil semakan tidak menemui butiran perubatan membabitkan wanita itu, dan tidak dipastikan sama dia merupakan doktor atau usahawan yang menjual produk kesuburan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!