suria

Ditidurkan 3 hari, insaf seumur hidup! Ibu hamil kena Covid-19 kongsi detik antara hidup dan mati, nasihat wanita senasib jangan takut intubasi

Nadia melahirkan bayinya secara pembedahan ketika kandungannya berusia 36 minggu.

"YA Allah, saya bersyukur sangat... ibarat diberi peluang kedua untuk bernafas."

Demikian kata wanita ini ketika berkongsi pengalamannya yang terpaksa ditidurkan (intubated) ketika melahirkan cahaya mata keempat, selepas disahkan positif Covid-19.

Mengimbas kembali pengalaman bersalin yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya itu, Nadia Nozula berkata, dia pada mulanya mengalami simptom seperti demam dan batuk selama seminggu sebelum melakukan ujian calitan (swab).

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘pergi’ selepas 32 hari ditidurkan! Suami sempat minta doktor sambung talian tunjuk wajah bayi pramatang - “Tak semua di tempat saya boleh lakukannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal doktor syukur masih bernyawa walau lebih 40 kali ditidurkan - “Keluar hospital terus ambil ujian, pening-pening jawab soalan”

"Waktu itu saya hamil 36 minggu. Mula-mula saya demam selama seminggu. Selepas demam, bertambah satu lagi gejala iaitu batuk. Jadi saya terus buat swab test. Bagi saya, sebenarnya agak terlambat juga bertindak.

"Bila sah positif Covid-19, saya dimasukkan ke wad untuk pemantauan kerana hamil. Saya dimasukkan ke hospital pada 17 Disember. Doktor terus buat pemeriksaan lanjut untuk tengok virus dah merebak sejauh mana.

'

"Keputusannya, paru-paru saya penuh dengan warna putih... bermakna dah merebak seluruh paru-paru. Doktor beri bantuan oksigen paling kuat sebab waktu tu, saya batuk pun sakit. Siap meracau-racau.

"Doktor beritahu suami, saya kena ditidurkan. Masa dengar, saya jadi takut. Saya fikir mati je. Saya tanya doktor, saya boleh sedar balik tak? Doktor cakap 50-50. Saya fikir, 'dapat ke aku besarkan anak-anak'.

"Doktor bagi saya call family dulu dan minta mengucap sebelum tidurkan. Masa call family, sedih sangat-sangat," cerita wanita berusia 36 tahun ini.

intubasi 1

Nadia kini beransur pulih selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata bongsunya.

Senang disapa Nadia, wanita ini berkata dia ditidurkan pada malam hari yang sama dimasukkan ke wad, dan bersalin secara pembedahan pada petang keesokan hari.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, bayinya dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan disahkan negatif Covid-19.

"Saya sedar pada 21 Disember, kira-kira tiga hari selepas ditidurkan. Bila dengar pengalaman wanita lain yang ditidurkan, ada yang berminggu, berbelas-belas hari ditidurkan dan ada juga kes yang meninggal dunia.

"Tapi Allah uji saya ditidurkan dengan hanya tiga hari. Ya Allah... ujian aku sekejap saja dibandingkan dengan yang lain.

"Syukur sangat-sangat sampai nak menangis. Masa mula-mula sedar, ingatan macam blur, mamai. Nak taip mesej pun kena fikir panjang. Nombor telefon pun tak ingat. Saya call semua orang sebaik sedar.

Allah uji saya ditidurkan dengan hanya tiga hari. Ya Allah... ujian aku sekejap saja dibandingkan dengan yang lain.

NADIA NOZULA

"Saya tak boleh tengok baby langsung. Saya discaj hari ke-10 selepas bersalin dan dua hari kemudian, baru baby keluar," ujar wanita yang menetap di Gua Musang, Kelantan ini.

Lebih sebulan melahirkan bayi bongsunya, Raja Muhammad Danial Raja Khairul Nizam, Nadia berkata dia bersyukur tidak mengalami simptom 'post Covid-19' yang teruk.

"Sebaik sedar, dua malam saya tak boleh tidur langsung... hanya berjaga saja. Alhamdulillah sekarang semakin pulih dan sihat. Cuma kadang-kadang penat sikit.

"Doktor kata mungkin ambil masa selama enam bulan untuk normal seperti biasa.

intubasi 2

Nadia bersama suami dan empat cahaya mata mereka.

"Saya sama sekali tak sangka video perkongsian pengalaman saya viral di TikTok. Rupa-rupanya, di ruangan komen, ramai yang lalui pengalaman sama malah ada yang lebih lama ditidurkan.

"Untuk ibu mengandung, cepat-cepat ke hospital kalau positif Covid-19. Ada yang pilih kuarantin di rumah sebab kalau pergi hospital, takut ditidurkan. Sebenarnya ditidurkan itu adalah ikhtiar.

"Bila di hospital, kita dipantau dan boleh tahu sejauh mana kuman merebak. Kalau duduk di rumah, kita sangat berisiko sebab tak tahu situasi sebenar," ujarnya lagi.

Sehingga kini perkongsian video Nadia di TikTok meraih sehingga melebihi 203,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain