suria

Kesetiaan ex-BF berhasil, gadis akhirnya sudi terima jadi suami - “Kalau bukan saya, dia takkan kahwin sampai bila-bila”

Foto kiri di awal perkenalan, kanan pasangan ini kini bergelar suami isteri.

SESUNGGUHNYA jodoh itu rahsia Allah.

Setiap pertemuan dan perpisahan, semua itu adalah ketentuan tuhan.

Begitu juga dengan pasangan ini yang mana percintaan pernah putus di tengah jalan tetapi akhirnya ke jenjang pelamin.

ARTIKEL BERKAITAB: Selalu bagi gambar tak clear, sekali jumpa handsome! Ibu tunggal akhirnya terima lelaki hantar WhatsApp nak kenal 10 tahun lalu sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berpisah 10 tahun, wanita ini pilih balik kepada bekas suami walau boyfriend baik dengan anak - "Saya langsung tak ada perasaan pada dia"

Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Nurul Maizatul Nisha Noor Azman berkata, tahun baharu 2022 diraikan dengan pernikahan mereka di Muar, Johor pada 2 Januari lalu.

Perkenalannya bersama suami, Muhammad Shamsul Fahmy Rosdi, 26, bermula sejak tingkatan tiga menerusi aplikasi sembang WeChat pada 2016.

"Selepas itu kami tak contact. Kami contact semula pada 2018 dan couple tapi hubungan kami tak panjang bila putus awal 2019.

"Kami kemudian tak berhubung sehingga pertengahan 2020, sampai dia dapat tahu saya dah bertunang dengan orang lain. Kasihan, dia kecewa," katanya yang berusia 21 tahun kepada mStar.

kahwin dengan ex 3

Bertunang pada awal Disember 2021.

Lebih mesra disapa Nisha, katanya, ikatan pertunangannya bagaimanapun tidak berpanjangan apabila putus pada akhir 2020.

"Dia (bekas kekasih) kemudian hubungi saya semula selepas saya putus tunang. Dia terus serius cakap nak halalkan saya.

"Pada mulanya saya tak yakin sebab masih trauma putus tunang sebab bekas tunang dulu seorang yang panas baran," ujarnya yang berasal dari Muar, Johor.

kahwin dengan ex 2

Bernikah pada awal Januari 2022.

Menganggap kisah putus cinta sebagai 'sejarah', namun kerani itu mengakui suaminya seorang lelaki yang pendiam, penyabar dan setia.

"Dalam masa saya kenal dengan lelaki lain, dia tetap setia tunggu saya. Suami seorang yang tenang dan susah nak ada pasangan lain, tapi saya je yang tak nampak pengorbanan dia.

Kami dah banyak kali lost contact dan putus cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri

NURUL MAIZATUL NISHA NOOR AZMAN

"Kami bertunang awal bulan Disember 2021 dan awal tahun ini kami bernikah," katanya sambil menambah suaminya merupakan seorang pemandu lori.

Bergelar isteri kepada 'bekas kekasih', Nisha yang turut mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan tidak menyangka dengan jodoh yang telah ditakdirkan buat dirinya.

kahwin dengan ex 4

Pasangan ini kini menempuh alam rumah tangga.

"Macam tak percaya dia adalah jodoh saya sebab tak berapa yakin dengan dia dulu. Sebab dia pernah kata kalau tak kahwin dengan saya, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.

"Apatah lagi sepanjang perkenalan, kami dah banyak kali lost contact dan putus cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain