suria

Manjanya, anak kecil pun kalah... Rela cuti hujung minggu ‘jejak kasih’ dengan monyet, ada sebab Sleppy peluk si pemuda sampai tak nak lepas!

Foto kiri, tengah Ahar pulang untuk bertemu monyet kesayangan, kanan Amy Combie dan Sleppy.

HANYA memakai lampin, si anak kecil kelihatan teruja melihat insan yang dirinduinya muncul di pintu rumah sambil membawa bagasi.

Perangainya begitu manja seperti bayi sehingga tidak mahu melepaskan pelukan seorang pemuda kerana sudah lama tidak bersua muka.

Siapa sangka perasaan rindu yang menebal itu turut dirasai oleh si kecil yang sebenarnya seekor anak monyet.

ARTIKEL BERKAITAN: Beruk merajuk tahu nak kena tinggal, tuannya berjurai air mata tinggalkan kampung - "Tak tahu berapa lama saya boleh bertahan"

ARTIKEL BERKAITAN: Video dikejar geng monyet raih lebih 3 juta tontonan, pelajar mengaku ada buat sesuatu kepada anak monyet sebelum insiden - "Saya serik, dah insaf"

Berkongsi pengalaman, Zulhilmi Razali berkata, monyet itu dipeliharanya sejak haiwan itu berusia dua bulan ketika menemuinya di tepi jalan pada 2017.

Namun katanya, momen 'jejak kasih' monyetnya yang diberi nama Sleppy itu dirakam ketika sepupunya datang ke rumah di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada minggu lalu.

"Saya bela Sleppy dari sekecil tapak tangan, saya dan sepupu menjaganya semasa menetap di Puncak Alam, Selangor sehingga berpindah ke Cheras, Kuala Lumpur.

"Ia keseorangan, tiada siapa masa tu. Kasihan tengok dan tergerak hati untuk berhenti di tepi jalan. Pertama kali jumpa dah manja, sampai sekarang," katanya kepada mStar.

monyet rindu 5

Amy Combie dan sepupu membela Sleppy sejak berusia dua bulan.

Lebih mesra disapa Amy Combie, pemuda berusia 28 tahun itu berkata, monyet betina yang kini berusia lima tahun itu tidak lagi tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

"Semuanya berubah selepas saya bawa balik Sleepy ke kampung di Bayan Lepas sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) awal tahun lepas.

"Bila kerajaan mula umum PKP, Sleepy terkandas dan terpaksa tinggal di rumah di bawah jagaan ibu saya. Memang berat hati nak tinggalkan tapi nak buat macam mana kan," ujarnya.

monyet rindu 3

Monyet yang begitu jinak.

Mengenai video yang meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok, sepupunya, Abdul Halim Abdull Razak atau Ahar, 27, bertemu monyet peliharaan mereka buat pertama kali selepas hampir dua tahun.

"Di Bayan Lepas ni adalah rumah ibu saya, dan keluarga sepupu saya tinggal di Taiping. Jadi, memang lama tak berjumpa sebab dia pun bekerja di Shah Alam.

Kami tak nampak dia macam haiwan. Kasih sayang kami pada Sleppy macam anak

ZULHILMI RAZALI

"Cuma saya saja yang pulang ke kampung jumpa Sleppy sepanjang rentas negeri dibenarkan tahun lalu dan tahun ini. Baru minggu lepas saya dan sepupu balik sekali.

"Bila lama sangat tak jumpa, itu yang Sleppy tak mahu berenggang dengan sepupu. Dari Kuala Lumpur, sepupu saya datang bercuti ke Pulau Pinang semata-mata nak jumpa Sleppy," ujarnya sambil menambah monyet yang jinak itu menyukai buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang, nangka, strawberi, sawi, kobis dan lobak.

monyet rindu 4

Kepulangan Ahar semenangnya dinantikan Sleppy.

Tempoh percutian pada hujung minggu lalu ternyata mencemburui mereka di mana Amy Combie yang merupakan penjawat awam dan sepupu harus kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

"Asalnya, kami nak bawa Sleppy balik dan jaganya di Kuala Lumpur. Tapi ibu dah tersayang macam baby pula sebab ibu jaga Sleepy sejak PKP tahun lepas.

"Tapi okay juga sebab ibu lebih banyak masa di rumah untuk jaga dan pantau Sleppy," katanya mengenai ibunya berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah Taska.

monyet rindu 2

Amy Combie (kiri) dan ibu (kanan) bersama Sleppy.

Menurut Amy Combie, walaupun masih bujang, dia dan sepupunya menganggap monyet berkenaan seperti anak sendiri.

"Kami tak nampak Sleppy macam haiwan. Kami yang jaga dari usia dua bulan, tahu perangainya, apa yang ia suka dan tak suka. Kasih kami pada Sleppy macam sayang anak," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain