suria

Alamak, kena gigit! Dah depan rumah pelanggan, pengusaha surprise delivery panik strawberi pada gubahan hilang separuh

Mukhsin 'mencuri' makan buah strawberi yang diletakkan pada hand bouquet yang ditempah pelanggan.

MEMASTIKAN barangan yang dijual tiba dengan selamat di tangan pelanggan adalah antara perkara yang sentiasa dititikberatkan oleh mana-mana penjual, apatah lagi sekiranya barangan itu adalah hadiah pemberian orang lain.

Justeru, bayangkan perasaan seorang wanita yang sudah tiba di rumah penerima, tetapi buah strawberi yang diletakkan dalam gubahan tangan yang dibuatnya tiba-tiba ada bekas gigitan dan tinggal separuh sahaja.

"Masa tu memang cuak habis, rasa pucat muka," ujar Aisyah Abd Ghani, 27.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh berhenti letak tepi jalan” - Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak, tapi akur walau orang lain nampak kasar

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi momen di dewan bersalin... lelaki ini mahu golongan suami cabar diri saksikan pengorbanan isteri saat melahirkan - "Parut tertusuk kuku isteri ada lagi"

Bercakap kepada mStar, pengusaha surprise delivery yang mesra dipanggil Aisy itu berkata, walaupun bertiga dalam kereta ketika membuat penghantaran iaitu dia dan dua lagi anaknya, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengenal pasti 'suspek' yang mencuri makan strawberi tersebut.

"Sebelum saya sedar strawberi tu kena makan, saya ada dengar dia cakap "mmmm dap mi dap (sedap mummy sedap) tapi saya tak sangka dia cakap sedap sebab dia tengah makan buah tu," katanya, menceritakan mengenai telatah anak bongsunya Mukhsin Hasrul Nizam.

Malah dia juga mempunyai bukti yang kukuh kerana hidung dan bibir kanak-kanak yang berusia dua tahun tujuh bulan itu juga masih merah dengan kesan strawberi yang dimakannya.



Mukhsin 'mencuri' makan buah strawberi yang diletakkan pada hand bouquet yang ingin dihantar ibunya kepada orang lain.

Menurut Aisy, sebelum kejadian, anaknya itu ada mengusik hand bouquet tersebut, tetapi dia membatalkan niatnya apabila ditegur.

Namun Mukhsin ternyata gagal mengawal diri dan cuba merasa buah yang masih baru buat dirinya itu.

"Masa tu saya memang dah parking betul-betul depan rumah customer, masa tengah bersedia nak kejutkan customer saya tengok buah strawberi tu dah terusik, dia dah makan separuh.

"Saya memang tak perasan sebab saya fokus bawa kereta, tapi nasib baik penerima tak marah, saya minta maaf dan dia pun okay, siap bergurau lagi, yang order pun Alhamdullilah mereka happy dapat surprise ayah mereka.

"Saya beritahu pasal buah tu dan minta maaf dia cakap tak kisah dan halalkan," katanya, yang menetap di Kampung Parit Kaseh Senggarang, Johor.



Aisy sering membuat surprise delivery bersama dua anaknya, Mukhsin (tengah) dan Mukhlis.

Jelasnya, anaknya itu sekadar tersengih apabila ditegur, malah sempat lagi cuba untuk 'sabotaj' strawberi yang lain.

"Ni sebenarnya kali kedua saya buat bouquet strawberi, jadi dia belum biasa makan sebab tu dia beria usik.

"Biasa dia akan petik buah anggur pada bouquet tu," katanya.

Menurut Aisy dia baru sahaja memulakan perniagaan surprise delivery di kawasan Senggarang dan Batu Pahat, Johor, pada awal tahun 2021.

"Sebelum ni saya tak pernah kerja, saya belajar di Universiti Sains Malaysia, baru je habis degree tahun 2020, saya terpaksa extend sebab lepas bersalin Mukhsin saya disahkan mengidap Pubic symphysisi diastasis yang menyebabkan saya tak boleh berjalan.

"Lepas menjalani fisioterapi dalam lima enam bulan macam tu baru saya boleh jalan macam biasa, jadi saya sambung belajar balik, InsyaAllah bulan 12 ni saya akan konvo," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain