suria

Tolong ada makna! Usia baru pra sekolah, 2 beradik buat macam-macam bantu jualan si ibu... berbaloi le tiap hari paw McDonald's

Azan Harris menjadi model lip swatches untuk produk terbaru lipstik yang dijual ibunya.

WAJAH reda dua kanak-kanak lelaki yang terpaksa membiarkan si ibu menggunakan tangan mereka untuk membuat lip swatches (contoh calitan di tangan), bagi produk terbaru yang dijualnya mencuit hati warga maya.

Video belakang tadbir photoshoot lipstik terbabit yang dikongsi Nadila Ahmad Daud,33, telah mendapat hampir 80,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ni memang last dah” - Bisnes semua tak menjadi, barang kemas dah tergadai... ibu 4 anak terpaksa lepaskan kereta mewah jalan terakhir teruskan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang, dapat banyak anugerah akhirnya jual mi kari selepas keluar universiti! Tahan telinga disindir ibu tapi kini mampu jana RM10,000 sebulan

Bercakap kepada mStar, Nadila yang merupakan peniaga dalam talian berkata, video behind the scene terbabit dirakam pada akhir Ogos lalu.

Nadila yang sudah dua tahun berkecimbung dalam bidang perniagaan ini berkata, selain dua anaknya, Akid Harraz,6 dan Azan Harris,4 suaminya, Che Mohd Azri Che Abd Aziz, 34 turut menjadi “mangsa” untuk membantunya mengambil gambar bagi tujuan promosi produk lipstik terbaru yang dijualnya.

“Saya menjadi stokis dan ejen untuk beberapa produk, saya fokus kepada produk kosmetik tempatan dan skincare yang mana saya akan jual di platform e-commerce seperti Shopee dan Lazada.

“HQ memang dah sediakan gambar, tapi biasalah untuk meniaga online kita nak tunjuk gambar yang real atas tangan tanpa editing, jadi saya guna tangan anak lelaki, aurat pun terjaga.

“Photoshoot tu buat di rumah je dengan famili, suami jadi tukang ambil gambar, props pun guna apa yang ada je,” katanya.



Akid Harraz turut membantu menjadi model buat produk yang dijual ibunya.

Menurut Nadila, sebagai upah membantunya, kedua-dua anak lelakinya akan dapat makanan kegemaran mereka.

“Reda je sebab mereka memang selalu ikut mama tolong post, restock barang, jadi model buat content.

“Upah memang selalu, hari-hari mama kena paw minta happy meals, Mcdonalds,” katanya.



Nadila sekeluarga kini sedang bercuti di Cameron Highlands.

Nadila yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata, dia tidak menyangka video belakang tadbir yang dimuat naik ke akaun TikToknya akan mendapat sambutan daripada warga netizens.

“Akak ambil video behind the scene untuk kenangan dan upload di TikTok, tak sangka banyak sambutan sebab niat memang suka-suka je, selain nak tunjuk di balik tabir sebagai peniaga,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain