suria

Jho Low pakai tudung! Gadis ini langsung tak ambil hati disamakan wanted person, siap dedah keturunan - “Ada kata macam Michael Ang”

Ramai berpendapat wah Eiqa menyamai wajah ahli perniagaan, Jho Low.

WANITA ini menjadi perhatian di aplikasi TikTok gara-gara wajahnya dikatakan mempunyai iras ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Terkejut I... ingatkan Jho Low pakai tudung!" demikian komen yang diterima oleh wanita tersebut dalam salah satu video yang dimuat naik olehnya di aplikasi berkenaan.

Menerusi video berasingan, wanita berkenaan membuat perbandingan antara wajahnya dengan wajah ahli perniagaan tersebut sebagai respon kepada komen yang diterimanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini ‘tiada masalah’ wajahnya dikata iras Sari Yanti, patutlah ayu... rupa-rupanya pegang gelaran Ratu Lepa 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Bakatnya dipuji, wajahnya dikatakan iras Amyra Rosli... gadis pemain dram ini hanya bermula dengan aplikasi dalam iPad ketika umur 13 tahun

Tanpa disangka, video tersebut menerima sambutan 'hangat' malah turut dibanjiri ratusan komen lucu daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan sikap 'sporting' wanita ini yang sempoi meniru mimik wajah ahli perniagaan tersebut.

"Comelnya macam anak dengan ayah!

"Tolong cari cermin mata sama macam Jho Low tu, kemudian buat video macam ni lagi," demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Hanya mahu dikenali sebagai Eiqa Maleq, wanita ini berkata dia sama sekali tidak menjangka menerima komen yang membandingkan wajahnya dengan seseorang yang dikenali ramai itu, namun menganggapnya sebagai humor semata-mata.

eiqa 2

Eiqa (kanan) bersama kakak dan abangnya.

"Waktu baca komen pertama tu saya gelak, malah saya siap Google sebab nak tengok balik wajahnya. Dalam hati terdetik juga dekat mana yang sama.

"Lepas tu saya save je gambar tu. Saya terfikir, rasanya boleh buat content simple sebab saya sendiri pun terhibur," kata wanita berusia 26 tahun ini.

Merupakan seorang content creator yang aktif di TikTok selain mempunyai saluran YouTube, Eiqa berkata dia kemudian memuat naik satu video memaparkan perbandingan wajah mereka.

eiqa 1

Gambar kenangan Eiqa bersama arwah bapanya.

"Saya post macam biasa, tiada expection apa-apa pun. Tak sangka ramai pula respon. Ada cakap masa senyum memang sama, gigi sama... siap komen macam anak beranak. Ada yang komen 'tolong pulangkan duit rakyat Malaysia', tanya dekat mana dia bersembunyi. Itu paling kelakar. Saya pun sempoi je balas komen-komen mereka.

"Bagi saya, netizen dekat TikTok sangat positif. Bagi saya tak patut pun ambil serius. Saya sendiri tak terasa... saya ambil itu 100 peratus sebagai joke saja.

"Kalau nak tahu, inilah kali pertama wajah saya dikatakan macam Jho Low. Sebelum-sebelum ini pernah ada kata wajah sama macam pengarah, Michael Ang. Yang itu pun buat saya gelak.

Ada cakap masa senyum memang sama, gigi sama... siap komen macam anak beranak.

EIQA MALEQ

"Dua kali dikaitkan dengan lelaki berbangsa Cina, mungkin sebab mata saya sepet kot. Tapi sebenarnya saya tiada kacukan Cina pun! Memang pure Melayu Banjar," ujar anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Sungai Besar, Selangor ini.

Sementara itu menyentuh mengenai kerjayanya pula, Eiqa berkata dia sememangnya suka mencipta 'content' dan mula bergelar content creator sejak awal tahun lalu.

komen

Netizen turut terhibur dengan perkongsian Eiqa.

"Ada satu video saya buat content tu jadi viral, selepas itu saya buat keputusan untuk teruskan dalam bidang ini. Content saya lebih kepada review drama, filem atau lagu. Sesekali ada juga content random.

"Alhamdulillah, sejak itu saya mula kumpul pengikut (followers) yang dah mula ikuti content saya," ujarnya yang turut menjalankan bisnes secara atas talian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain