suria

Makan tak lalu, tidur tak lena dek kerana gemuruh... Berhari-hari dipujuk baru adik 16 tahun setuju jadi wali nikah kakak, dah takdir ayah pergi dulu

Nordin menjadi wali bagi pernikahan kakaknya.

SIAPA yang tidak mahu berwalikan bapa sendiri di hari pernikahan mereka, namun ajal maut di tangan tuhan.

Empat bulan sebelum majlis pernikahannya yang berlangsung pada 19 Oktober lalu, wanita ini kehilangan bapanya tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN : Guru tak puas hati diberi jolokan ‘luar setinggan dalam kondo’ selepas hias kelas, sanggup guna duit sendiri ‘kerjakan’ stor tukang kebun pula

ARTIKEL BERKAITAN : “Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” - Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak hidap kanser... tabah walau cuti dah habis, gaji kena potong

Walaupun sedih saat kehilangan wali utamanya itu, Siti Nurul Asyiqin Mat Nadi, 23, bagaimanapun bangga melihat adik bongsunya yang baru berusia 16 tahun memberanikan diri tampil memikul tanggungjawab tersebut.

Berkongsi video pernikahannya di laman TikTok, Siti Nurul Asyiqin yang mesra dipanggil Eqin berkata, dia dan pasangan Muhammad Atiqi Ghazali, 23 mula merancang majlis pernikahan mereka sejak bulan Mei lalu.

Malangnya bapa Eqin yang sepatutnya menjadi walinya pergi meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, bapa saudaranya kemudian menawarkan diri untuk menggantikan tempat arwah bapanya.

"Arwah ayah meninggal pada 18 Jun, masa tu Eqin tengah kursus kahwin, dia ada penyakit kencing manis dan meninggal sebab sakit tua.

"Kami ada empat adik beradik, tiga perempuan seorang lelaki.

"Mula-mula bapa saudara yang nak walikan tapi tok imam cakap adik lebih layak sebab dia dah matang," katanya yang menetap di Pasir Pekan, Kelantan.



Eqin terpaksa mencari wali lain apabila ayahnya meninggal dunia beberapa bulan sebelum majlisnya.

Menurut Eqin, kakak serta makciknya terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk memujuk adiknya, Muhammad Nordin Mustaqim yang pada mulanya menolak kerana gemuruh untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Dia macam "eh kenapa kena jadi wali, pak ngah kan ada?"

“Kami cakap dekat dia “Akim kena la jadi wali, tak ada siapa dah, kesian angah planning lama dah”.

“Nak sign borang untuk nak hantar ke pejabat agama pun kami kena pujuk dia dulu.. ada dalam tiga empat hari, kami bagi dia ruang untuk fikir dulu,” katanya.



Nordin menjadi wali yang menikahkan kakaknya.

Menurut Eqin, dia bagaimanapun bangga melihat adiknya, seorang yang pemalu, akhirnya berani memikul tanggungjawab sebagai satu-satunya anak lelaki.

“Masa tu rasa macam Allah, kalau papa ada mesti papa bangga, sebab dia jenis pemalu jadi tak sangka majlis besar macam tu dia jadi orang yang paling penting,” ceritanya.

Sementara itu Nordin berkata, rasa gemuruh yang dialaminya membuatkan dirinya makan tak lalu, tidur tak lena.

“Sehari sebelum tu memang macam nak tidur pun tak lena, makan pun tak nak sangat sebab ramai yang duk usik “haa.. Esok kena salam dengan tok imam..” jadi makin gugup la,” katanya.



Eqin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 19 Oktober lalu.

Namun, menyedari tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dalam keluarga, Nordin menguatkan diri untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan papa mereka.

“Tapi saya satu-satunya lelaki yang papa amanahkan, malu ke takut ke, saya kena laksanakan sebab tu amanah papa,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain