suria

Dua tahun buat ‘projek songsang’, ustaz tahfiz di Machang disyaki liwat 3 pelajar sendiri!

Kes liwat disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

TIGA pelajar dari sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan, tampil membuat laporan polis terhadap seorang guru mereka kerana meliwat, sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu, sekitar pukul 12.56 tengah malam.

Susulan itu, seorang guru lelaki berusia 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua mangsa diminta untuk melakukan perbuatan itu oleh suspek di pusat tahfiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sarat mengandung anak pertama... Guru tahfiz didakwa liwat pelajar lelaki

"Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 sehingga 22 April dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini," katanya menerusi satu kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

"Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain