suria

Makin menjadi-jadi sejak ‘dapat kaki’! Handal lambung botol air, tendang bola pun padu... patutlah coach bukan calang-calang - “Malulah kalah dengan anak”

Kemahiran yang dimiliki Adam membuatkan netizen kagum.

KECIL-KECIL cili padi!

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan bakat yang dimiliki si cilik berusia empat tahun ini.

Beberapa video yang dikongsikan oleh ibunya di aplikasi TikTok yang mempamerkan kemahirannya membuat lambungan 'flip' botol air, menimbang bola dan menendang bola dengan tepat benar-benar mengkagumkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat tak letih ke jadi anak sulung?” - Si cilik membebel sambil main handphone ibu... kenapa ramai ucap terima kasih, siap nak lantik jadi presiden persatuan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya, tapi berilah apa saja... spanar, kayu semua model cilik ini boleh uruskan! - “Atas pentas, depan kamera dia all out”

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Khairuldin Ismail berkata dia dan isteri, Siti Mutheeroh Alias, 31, tidak pernah mengajar skil tertentu kepada anak sulung mereka, Muhammad Khairul Adam.

"Kalau bab bola, Adam ni memang minat sejak dia masih lagi menggunakan walker. Saya selalu main-main 'passing' bola dengannya sebab saya sendiri kaki bola, suka bermain futsal dan street soccer.

"Waktu sebelum pandemik, kalau training dengan kawan-kawan, saya biasa bawa dia. Daripada situlah dia terdedah dan mula menunjukkan minat.

"Bila dia dah 'dapat' kaki dan boleh berjalan, makin menjadi-jadi. Dia pun ikut sekali training dengan seorang pemain street soccer dan freestyler terkenal, Zeem Ahmad yang merupakan kenalan saya. Sekarang ni adik dia berusia setahun pun ikut minat abangnya," kata lelaki berusia 32 tahun yang menetap di Cheras ini.

adam baru 1

Adam berjaya menendang botol bedak dengan tepat ketika melakukan 'Trust Challenge'.

Senang disapa sebagai Khairul, lelaki ini berkata dia dan isterinya dalam masa yang sama juga tidak menyangka Adam lebih handal daripada mereka apabila membuat lambungan botol air.

"Kami sememangnya memantau dan mengehadkan penggunaan gajet kepada Adam dan adiknya. Bila dapat gajet, dia suka tengok video-video Dude Perfect dan That's Amazing dekat YouTube.

adam baru 3

Selain melambung botol air, Adam gemar bermain bola dan skateboard.

"Dari situlah dia belajar skil lambung botol. Kadang sebelum saya balik kerja dia pesan beli air mineral sebab nak main botol. Dekat kedai makan pun sama, suka suruh saya beli air mineral sebab nak main botol.

"Dia belajar lambung botol macam biasa dulu, kemudian baru belajar yang flip terbalik. Mula-mula dia tak pandai, tapi bila ada orang boleh buat, dia berlatih sampai jadi.

Bila dapat gajet, dia suka tengok video-video Dude Perfect dan That's Amazing dekat YouTube.

MUHAMAD KHAIRULDIN ISMAIL

BAPA

"Adam selalu ajak 'berlawan' dengan dia jadi kami pulak yang terpaksa belajar. Malulah kalah dengan anak," ujar jurutera ini sambil berseloroh.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular malah mengundang pujian dan rasa kagum netizen, Khairul dalam masa yang sama berkata dia dan isteri berharap agar video Adam menjadi inspirasi buat ibu bapa lain.

adam baru 2

Muhamad Khairuldin dan isterinya menyokong sepenuhnya minat Adam.

"Kami memang menyokong 100 peratus minat Adam. Kalau boleh, sememangnya kami mahu Adam dikenali dengan bakat. Mana tahu suatu hari nanti Adam akan menjadi pemain muda yang mencipta nama di luar negara.

"Adam sendiri pun nak jadi seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan bintang bola sepak cilik, Arat Hosseini dari Iran. Sekarang Adam masih kecil, jauh lagi perjalanan dan banyak lagi masa untuknya belajar.

"Kami sebagai ibu bapa sokong dan mendoakan cita-citanya menjadi kenyataan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain