suria

Pemalu orangnya, tapi berilah apa saja... spanar, kayu semua model cilik ini boleh uruskan! - “Atas pentas, depan kamera dia all out”

Ammara beraksi sambil memegang spanar. Gambar kecil gaya gothic Ammara sambil memegang kayu.

USIANYA baru tujuh tahun, tetapi kanak-kanak perempuan ini tidak kekok beraksi di depan kamera.

Dengan gaya bersahaja seperti model berpengalaman, si cilik ini turut menjadikan spanar sebagai props ketika dirinya dirakamkan di dahan sebatang pokok.

Jurugambar, Muhammad Aiman Ahmad Hamidon berkata, dia berjumpa dengan keluarga kanak-kanak itu yang dikenalinya secara kebetulan di Pantai Sepat di Kuantan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 6 tahun ini asyik nak bergaya, pakai baju cantik walau musim 'Kobid 9Tim'... rupa-rupanya 'berjangkit' daripada emak!

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil 'Agong, Permaisuri junior', 2 budak ini lawat Muzium Diraja selepas tanya siapa tuanku... Paling best Tunku Azizah komenlah! - "Tapi tak sempat lawat pintu gerbang Istana Negara"

"Mereka ke pantai pada petang Rabu nak ambil gambar Ammara (nama model cilik) menggunakan telefon dan secara kebetulan saya bawa kamera yang disimpan dalam kereta.

"Aksi pegang spanar tu sebenarnya secara kebetulan juga sebab tiba-tiba dapat idea selepas tengok baju yang dipakai Ammara, terfikir macam ala mekanik," katanya kepada mStar.

Pemuda berusia 21 tahun itu kemudian memikirkan dahan pokok menjadi lokasi yang bersesuaian dengan pemakaian untuk sesi fotografi yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Saya rasa nak cuba idea yang lain. Jika melihat pada video yang saya kongsikan di laman sosial, dahan pokok tu agak tinggi juga kalau dibandingkan dengan fizikalnya masih kecil.

"Saya tanya dia nak pegang spanar tak? Dia cakap okay saja, jadi saya cepat-cepat ke kereta untuk mengambil spanar di but, semuanya dibuat secara random," ujarnya.

model cilik spanar 4

Aiman berkongsi pengalaman merakamkan aksi Ammara sebagai model.

Siapa sangka model cilik bernama Ezara Ammara Aulia Ahmad Fais merupakan pemenang pertandingan model, Little Miss Malaysia pada awal 2020.

Ibu Ammara, Noraidaliza Md Desa berkata, sesi fotografi tersebut dibuat untuk anaknya sebagai model katalog baju kanak-kanak dan disolek oleh anak lelakinya yang merupakan jurusolek (MUA).

model cilik spanar 2

Ammara merupakan pemenang Little Miss Malaysia 2020.

Menurut Noraidaliza, Ammara yang merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik itu mula beraksi di depan kamera sebagai model sejak berusia setahun.

"Ammara ada ciri-ciri model. Kami cari kelainan untuk Ammara, dengan menampilkannya berpakaian lebih berani dan seksi.

Ada netizen kata Ammara model kanak-kanak paling seksi. Dia memang pandai posing, senang untuk memberikan pelbagai gaya

NORAIDALIZA

"Sampaikan ada netizen kata dia model kanak-kanak paling seksi. Ammara memang pandai posing, senang untuk memberikan pelbagai gaya," katanya.

Wanita berusia 45 tahun itu berkata, Ammara mula terlibat dengan ‘catwalk’ di pentas peragaan seawal usia lima tahun.

model cilik spanar 3

Ammara tidak kekok beraksi di hadapan kamera.

"Ammara seorang yang pemalu, tapi dia ada confident level yang tinggi bila berdepan dengan kamera dan di atas pentas. Dia akan all out," katanya sambil menambah anaknya menjadikan model dan Miss Malaysia Kebaya 2013, Sunshine Aileen Devi Eric sebagai idola.

Noraidaliza yang merupakan suri rumah berkata, selain melakukan fotografi dan peragaan, Ammara suka menghabiskan masa lapangnya dengan berkaraoke.

model cilik spanar 6

Antara pencapaian Ammara dalam bidang peragaan.

"Ammara ni memang senang nak handle dia bila fotografi. Dia seorang kanak-kanak yang lasak, malah kami pernah mekap dia dengan gaya gothic dan beraksi sambil pegang kayu.

"Begitu juga gaya pegang spanar, Ammara tak nampak kekok. Dia tahu macam mana nak menjiwai karakter untuk kelihatan ganas.

"Memang minat Ammar nak jadi model selain suka menyanyi. Kami sekeluarga memberikan sokongan pada minat Ammara. Katanya cita-cita nak jadi doktor," ujar Noraidaliza.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain