suria

Jurutera tak sangka hilang kawan gara-gara nak kuruskan badan, terpaksa kuat semangat sebab ‘gerun’ dengar kata-kata doktor

James yang juga seorang jurutera hampir berputus asa ketika proses menguruskan badan.

MASALAH kesihatan yang dialami menjadi titik-tolak kepada transformasi fizikal jejaka ini.

Dengan berat 98 kilogram(kg), James Natan Anak Mohamad mula mendapat kesedaran untuk menjalani gaya hidup sihat sehingga dia akhirnya mencapai berat ideal 62kg.

"Segalanya bermula pada tahun 2018. Ketika itu saya bekerja di Pulau Pinang. Pada suatu hari, saya sakit. Badan sejuk tapi berpeluh dan rasa nak pitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! ‘Hikmah’ putus cinta, gadis ini berjaya kurus sampai saudara mara tak kenal - “Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

"Saya terpaksa pergi ke klinik. Saya buat pemeriksaan, doktor kata berat saya agak membimbangkan. Dia tanya... adik nak start makan ubat atau nak jaga berat?

"Saya ingat kata-kata itu sehingga ke hari ini. Disebabkan peristiwa itu, ia beri kesedaran untuk saya jaga kesihatan dan turunkan berat badan.

"Bermula 2018, berat badan saya asyik turun dan naik. Kemudian masa awal 2021, berat saya naik jadi 98kg. Saya usahakan dalam masa enam ke tujuh bulan, akhirnya berjaya capai 62kg," ujarnya.

Mesra disapa James, dia mengakui banyak melakukan senaman dan turut mengamalkan konsep pemakanan satu hidangan dalam sehari.

james4

Perubahan fizikal turut membawa keyakinan diri buat diri James.

Menurut jurutera yang berasal dari Sibu, Sarawak itu, proses itu tidaklah semudah yang disangka, malah dia juga pernah terfikir untuk berputus asa.

"Saya sibuk dengan kerja, namun saya cuba bersenam sebanyak mungkin. Saya juga ikuti diet ketat dan amalkan one meal a day. Boleh makan apa saja, tapi pastikan sekali sehari saja. Kalau lapar waktu malam boleh ambil buah atau oat.

Perubahan ini juga memberi keyakinan kepada diri saya. Nak jumpa orang pun saya rasa lebih yakin.

JAMES

"Pernah juga rasa nak putus asa. Masa awal-awal proses turunkan berat, saya kehilangan kawan. Saya hentikan aktiviti melepak, jadi saya hilang kawan. Kalau dikenang semula, memang sedih.

"Saya juga pernah menangis. Tapi itu semua menjadi pembakar semangat untuk kuruskan badan. Saya cuba ingat balik apa matlamat saya pada ketika itu.

"Paling utama, kita nak buat untuk diri sendiri, untuk cari versi terbaik dalam diri kita," ujarnya yang kini bekerja di Shah Alam, Selangor.

james2

Berat badan James pernah mencecah 98kg.

Kata James, banyak perubahan berlaku selepas dia berjaya menurunkan berat badan dan dia juga mahu berkongsi petua dengan insan senasib di luar sana.

Disebabkan itu, James juga sering berkongsi motivasi berkaitan berat badan di media sosial dan tak lokek menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang sedang menjalani proses menurunkan berat badan.

"Perubahan ini juga memberi keyakinan kepada diri saya. Nak jumpa orang pun saya rasa lebih yakin. Lebih senang nak cari baju, nak bergambar pun rasa yakin. Kulit juga makin cerah sebab saya banyak minum air kosong ketika proses kuruskan badan.

james3

Jejak Iban ini berasal dari Sibu dan kini bekerja di Selangor.

"Sejak kurus, saya juga ada kesedaran untuk jaga kulit wajah dan penampilan. Ada juga terima pujian di aplikasi TikTok, tapi saya terima saja semua komen dengan hati terbuka.

"Kalau ada yang bertanya, saya memang akan kongsi petua. Kebanyakan perkongsian saya juga berkaitan penjagaan kesihatan dan proses menguruskan badan," ujar jejaka Iban itu lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain