suria

Wow! ‘Hikmah’ putus cinta, gadis ini berjaya kurus sampai saudara mara tak kenal - “Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam”

Video transformasi fizikal gadis ini menerima lebih 1.2 juta tontonan menerusi TikTok.

PROSES menurunkan berat badan pastinya sukar dicapai jika seseorang individu itu tidak mempunyai alasan kukuh atau keazaman untuk melakukannya.

Begitu jugalah dengan pelajar ini apabila kisah putus cinta menjadi motivasi utama sehingga dia berjaya menurunkan 24 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan.

Bercerita kepada mStar, Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20, mengakui gembira dengan proses transformasi itu sehingga dia berjaya mengubah fizikal dirinya pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

"Berat saya sebelum ini 74 kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50 kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya.

"Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri saya.

"Bermula pada hujung Mei, proses menguruskan berat badan terhenti pada Jun dan disambung semula pada Julai.

Amierah merupakan penuntut bidang Bioteknologi di UMS.

"Perasaan gembira sangat, tak sangka boleh dorong diri saya sehingga ke tahap ini. Kawan-kawan banyak tolong dan setiap hari bagi motivasi," ujarnya.

Mesra disapa Amierah, dia juga mendedahkan ada saudara mara yang tidak mengenalinya selepas perubahan berat itu berlaku pada tahun lalu.

"Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang-jarang berjumpa.

Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target.

AMIERAH

"Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam," imbasnya berseloroh.

Jelas Amierah, perubahan fizikal itu bukan sekadar untuk kelihatan lebih cantik semata-mata, namun ia berkait rapat dengan keyakinan dan kesihatan diri.

Malah katanya, dia juga terbuka berkongsi rahsia jika ada yang bertanya menerusi media sosial.

"Perjalanan ini bukan semata-mata untuk kurus. Saya pernah insecure, sebelum ni malu nak keluar. Nak cuba baju di kedai pun malu.

Amierah sedia kongsi pengalaman jika ada yang bertanya kepadanya.

"Sekarang saya lebih yakin, tak malu nak tegur orang. Ramai yang mesej tanya, saya terbuka untuk bantu dan cuba balas satu persatu.

"Benda utama saya amalkan merupakan calory defisit. Makan kurang daripada keperluan kalori harian.

"Saya juga buat senaman tiga ke empat kali seminggu, dalam 40 minit. Hanya cari video di YouTube dan ikut senaman itu," ujar penuntut bidang Bioteknologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Amierah ambil masa enam bulan untuk menguruskan berat badannya pada tahun lalu.

Tambah Amierah lagi, penting untuk seseorang individu itu melatih minda mereka agar misi yang diingini tidak kecundang di tengah jalan.

"Nak konsisten tu yang susah. Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target.

"Kata-kata orang sebelum ini, sudah tentu saya sedih, tapi saya cuba ambil positif dan buat diri menjadi lebih bersemangat," ujarnya yang berasal dari Sandakan.

Untuk rekod, video transformasi fizikal Amierah yang dikongsi di TikTok sehingga kini meraih 1.2 juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain