“Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’ - Viral | mStar

“Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

Shamil turun 31kg dalam tempoh 67 hari sahaja.

BAGI mereka yang sedang berusaha menguruskan berat badan, antara pantang larang utama pastinya mengelakkan pengambilan makanan segera.

Namun lain pula ceritanya jejaka ini yang mana kisah transformasinya mencuri perhatian ramai di Twitter.

"Makan fast food pun boleh kurus? Yup! Ini adalah thread bagaimana saya turun 31kg dalam masa 67 hari," tulis Mohamed Shamil Hizamie sehingga menerima lebih 5,200 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Badan jadi saiz XL selepas bedal ‘fast food’ selama 4 semester, mujur gadis ini cepat insaf... hati berbunga selepas diet!

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

Mesra disapa Shamil, dia mengakui banyak mengambil inspirasi dari program televsiyen popular, The Biggest Loser (TBL) sewaktu melakukan transformasi berkenaan, sekitar 10 tahun lalu.

"Saya selalu tengok TBL. Ada salah seorang peserta kata, dia tak mahu makanan yang mengawal kehidupan dia.

Kata Shamil, dia kini lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Dalam program tu juga ada dikongsikan, kalau craving, go for it tapi kena tahu batasnyaa. Macam kawan saya, puasa fast food sampai dua tahun sebab nak kurus.

"Saya biasanya memang akan makan fast food. Sekurang-kurangnya sekali seminggu. Yang penting kena berpada-pada dan tahu batasnya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Sekarang nak pakai apa pun senang. Kalau dulu saiz XL, sekarang boleh pakai XS. Dari saiz pinggang 36, sekarang 28.

MOHAMED SHAMIL HIZAMIE

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang berusia 31 tahun itu, ada juga faktor lain yang menjadi pendorong untuk dia menguruskan badan.

Selain keyakinan diri dan pergaulan seharian, urusan mencari pakaian juga lebih mudah dengan berat badan sekarang.

"Mestilah keyakinan diri, bila berisi orang tak pandang. Ada juga yang bergurau body shaming. Someone pernah cakap saya huge. Perkataan tu buat saya rasa hina sangat.

Posting Shamil di Twitter.

"Sekarang nak pakai apa pun senang. Kalau dulu saiz XL, sekarang boleh pakai XS. Dari saiz pinggang 36, sekarang 28.

"Saya sebenarnya pemalu, tapi sekarang rasa yakin nak bercakap dengan orang tanpa fikir orang akan judge fizikal saya," katanya lagi.

Berkongsi tip menguruskan badan yang diamalkan, Shamil berkata dia menjaga pemakanan mengikut kalori.

Dari segi senaman pula, dia biasanya menghabiskan sekitar sejam sahaja dalam sehari.

Shamil suatu ketika dahulu.

Tambah Shamil lagi, dia masih mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat biarpun sudah mencapai berat ideal.

Malah setakat ini, dia juga sudah membantu enam individu untuk menguruskan berat badan mengikut kaedah yang dilakukannya.

"Saya terdetik untuk berkongsi di Twitter, untuk sama-sama membantu orang lain.

"InsyaAllah kalau ada yang tanya, saya akan jawab dan cuba bantu mereka," ujar Shamil lagi.

Artikel Lain