suria

Melepas rindu di pusara! Tak puas 2 kali ‘jumpa’ atok abah, cucu tak nak tinggalkan kubur selagi tak dapat ziarah kali ketiga

Foto kiri anak sulung Ikha di pusara Atok Abah pada Ahad, foto kanan ketika ziarah pada bulan puasa lalu.

SIAPA yang tidak sedih kehilangan orang tersayang, suatu perkara yang bukan mudah untuk diterima sesiapa.

Video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berlari keluar dari kereta untuk ke pusara datuknya di sebuah tanah perkuburan nyata mengundang sebak.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Nur Zulaikha Rosli berkata, suami dan anak-anaknya menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas di Bangi, Selangor, petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukan terakhir penuh makna di KLIA, anak tak sabar nak ziarah pusara bapa di Makkah - "Dengar suara mak menangis, baru saya percaya"

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, bapanya yang menghidap penyakit tiga serangkai meninggal dunia pada usia 54 tahun, akibat jangkitan dalam darah, Januari lalu.

"Mula-mula suami bawa anak perempuan sulung berusia tiga tahun untuk menziarah kubur ayah saya, atau anak saya panggil 'atok abah'. Lepas tu suami hantar dia ke kereta,

"Kali kedua, suami bawa keluar pula anak perempuan kedua kami berusia 10 bulan ke kubur, tapi anak sulung ni menangis nak ikut. Jadi suami bawa dia sekali lagi," katanya kepada mStar.

kubur atok abah 7

Suami Ikha dan dua anak perempuannya di pusara Atok Abah.

Lebih dikenali sebagai Ikha, katanya, selepas ziarah, bacaan doa dan surah Yasin, suami dan dua anak perempuannya kembali ke kereta untuk pulang ke rumah.

Namun katanya, anak sulungnya, Siti Khadijah Amir Arif yang duduk di tempat duduk belakang masih menangis dan meronta-ronta mahu pergi ke pusara atok abah.

kubur atok abah 4

Arwah Atok Abah (kanan) dan Siti Khadijah begitu rapat.

"Anak siap kata 'ni last nak pergi tengok atok abah'. Saya dan suami kata kalau nak, kena pergi sendiri. Kami izinkan dia pergi untuk puaskan diri sebab cuaca mendung.

"Kali ketiga dia pergi, kali ni anak ambil masa kira-kira tiga minit nampak dari jauh tangan dia bergerak. Pergi ke kubur berlari, balik ke kereta jalan slow sambil tadah tangan baca doa.

"Masa kat kubur, anak tak menangis tapi dah masuk kereta baru dia 'bertakung'. Katanya bye atok abah, nanti Ijah (panggilan nama) datang lagi," ujarnya yang sebak melihat keadaan anaknya itu.

kubur atok abah 6

Siti Khadijah kini berusia tiga tahun.

Tidak menjangkakan keadaan tersebut berlaku, Ikha berkata anak sulungnya itu begitu rapat dengan arwah bapanya yang bertugas sebagai pekerja am.

"Anak sulung saya dan atok abah rapat sebab cucu sulung. Arwah ayah sangat sayangkan dia sampai gelarkan puteri atok abah," tambah suri rumah itu.

Anak sulung saya dan Atok Abah rapat sebab cucu sulung. Arwah ayah sangat sayangkan dia sampai gelarkan puteri Atok Abah

NUR ZULAIKHA ROSLI

Menurut Ikha, anak sulungnya disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang ceria, dan arwah bapanya seorang yang tegas tetapi penyayang, pemurah dan mudah mesra kanak-kanak.

"Saya masih ingat lagi sewaktu saya mengandungkan anak sulung, ayah saya yang paling excited, akan usap perut saya kata inilah yang atok abah tunggu-tunggu.

"Bila saya melahirkan anak di hospital, arwah ayah juga setia menunggu sehingga saya bersalin dan ayah juga turut ada semasa saya discaj selepas itu," katanya.

kubur atok abah 5

Ikha (kanan) bersama keluarga.

Ikha berkata, kali terakhir anaknya bertemu dengan bapanya sebelum arwah dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) selama 11 hari sehingga dijemput Ilahi.

"Kami bawa anak semasa jenazah atok abah dikebumikan, tapi dia tengok dari jauh. Esoknya kami tunjukkan gambar arwah semasa di ICU dan beritahu atok abah dah tak ada.

"Dia tak menangis dan tak meraung, cuma dia kata dia rindu sangat kat atok abah. Saya beritahu setiap kali rindu atau teringatkan atok abah, kena sentiasa doakan arwah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain