suria

Kejadian pelik burung asyik kerumun pusara bapa terjawab! Penjaga kubur dedah satu rahsia yang ahli keluarga arwah tak pernah tahu

Foto kanan arwah bapa Zanna, foto kiri burung menikmati makanan dekat kubur bapa Zanna.

SEORANG anak digemparkan dengan sekumpulan burung merpati yang berada di sekitar kubur bapanya setiap hari.

Siapa sangka semasa hayat, arwah bapanya sering memberi makanan kepada burung-burung setiap kali menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.

Siti Farzana Syaiffulhisham berkata, bapanya Syaiffulhisham Abdillah yang menghidap kanser usus besar (kolon) meninggal dunia pada usia 54 tahun, 2 Syawal lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepanjang hidup cintakan kucing, wanita 'pergi' sehari selepas serah si bulus kesayangan kepada PBT - "Sebelum meninggal mak sempat kutip najis di kawasan kejiranan"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut bapa menangis seperti hilang anak selepas kucingnya mati, tengok bekas makanan pun emosi - "Saya nikah pun abah tak nangis sampai macam ni"

Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, bapanya dulu sering ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di Kuching, Sarawak untuk melawat pusara datuknya (bapa arwah).

"Ayah cukup rapat dengan atuk. Hampir setiap Jumaat, ayah tak pernah miss ziarah kubur atuk. Biasanya kami akan temankan ayah.

"Setiap kali datang ke kubur juga, ayah akan bawa ambuk ayam iaitu sejenis makanan untuk diberikan kepada burung-burung di sekitar kubur," katanya kepada mStar, sambil menambah datuknya meninggal dunia pada usia 78 tahun kerana penyakit paru-paru berlubang.

burung di kubur ayah 4

Sekumpulan burung di sekitar kubur bapa Zanna.

Lebih mesra disapa Zanna, katanya, banyak burung merpati berterbangan di kawasan sekitar, namun jumlahnya bertambah selepas bapanya meninggal dunia.

"Saya hairan kenapa semakin banyak burung selepas ayah meninggal dunia, dan kebanyakannya berada di sekitar kubur ayah.

"Bila tengok keadaan tu, tak tahu nak kata apa. Saya terharu dan rasa nak menangis. Teringat bila ayah nak bagi makanan kat burung, rasa sedih," ujarnya yang berasal dari Kuching.

burung di kubur ayah 3

Zana menyambung rutin arwah bapanya memberi makanan kepada burung-burung.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mereka sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang diketahui hanya selepas bapanya meninggal dunia.

"Penjaga kubur kata ayah hari-hari ziarah kubur atuk bersendirian selepas habis kerja. Ayah tak lupa bagi makanan kat burung-burung.

"Kami terkejut... ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah kubur hampir setiap hari," katanya sambil menambah bapanya merupakan pekerja kuari.

Kami terkejut... ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah kubur hampir setiap hari

ZANNA

Zanna berkata, dia dan keluarganya kini menyambung rutin bapanya dengan memberikan makanan kepada burung-burung di kubur.

"Kami menyambung apa yang pernah dilakukan ayah semasa hayatnya. Pada masa sama, kami juga ziarah kubur ayah dan kubur atuk," tambahnya.

burung di kubur ayah 2

Kenangan... Zanna (belakang, kanan) bersama keluarga.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu turut menyifatkan bapanya sebagai peramah, baik hati, penyayang dan pembersih serta rajin mengemas rumah.

"Ayah pernah berpesan supaya sentiasa berbuat baik dengan orang, memaafkan orang walaupun orang tu buat jahat kat kita," kata Zanna.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain