suria

Kawan asyik ajak join mandi-manda, pemuda ini ‘buat hal’ terus terjun sungai pakai helmet... beg pun tak tanggal - “Momen penting masa bujang”

Aksi Tun yang lengkap berpakaian terjun ke sungai mencuri tumpuan.

AKSI seorang pemuda yang menyertai aktiviti mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebatang sungai begitu mencuit hati.

Sebaik tiba di lokasi dengan menunggang motosikal, lelaki berkenaan tanpa disangka-sangka terjun ke sungai dalam keadaan masih memakai topi keledar (helmet), berbaju, berseluar panjang dan berkasut malah tidak menanggalkan begnya.

Rakaman tindakannya yang tidak disangka-sangka itu dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih hampir sejuta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekarang kami dah mampu beli hadiah" - Rakan-rakan buat 'air mata jantan' pemuda ini gugur, tak sia-sia tunjuk contoh kasut idaman

ARTIKEL BERKAITAN: "Kawan tukang jerit, saya tukang tutup" - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah

Pemuda tersebut, Tun Muhammad Shahrul Tun Shariman berkata, kejadian berlaku ketika dia menyertai rakan-rakannya mandi di sebatang sungai di Gombak, Selangor, petang Ahad.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang mencari rezeki sebagai jurujual kereta terpakai di Subang menjelaskan dia sebenarnya bekerja pada hari berkenaan.

"Kawan-kawan ada ajak saya join sekali mandi di sungai. Tapi saya dah maklumkan pada mereka yang saya kerja, tak dapat join sebab bekerja.

"Tapi dari pagi mereka asyik call kasi reminder, suruh datang. Masing-masing mesej banyak kali, call. Semua nak saya datang mandi sekali," katanya kepada mStar.

berhelmet terjun sungai 3

Antara aksi ketika mandi-manda di sungai.

Atas desakan rakan-rakan, anak muda yang lebih mesra disapa Tun itu akhirnya akur dengan memenuhi permintaan mereka dengan datang ke lokasi mandi-manda.

"Tapi sebab saya kerja sampai petang, jadi dah lewat petang baru saya datang. Saya paling last sampai, kawan-kawan tengah mandi di sungai," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

berhelmet terjun sungai 6

Tun berminat dalam bidang permotoran.

Tindakannya yang terjun ke sungai dalam keadaan masih berpakaian lengkap sambil memakai helmet dan menyandang beg sebenarnya dilakukan secara spontan.

"Kehadiran saya sememangnya dinanti-nantikan dengan saya pula yang paling last sampai, itu sebab ada rakan yang membuat rakaman.

Saya lakukan untuk menghiburkan kawan-kawan. Sayalah kawan yang paling annoying sebab suka mengusik dan menyakat mereka, tapi saya sayang kawan-kawan.

TUN MUHAMMAD SHAHRUL

"Saya sampai je terus terdetik hati nak terjun je sebab saya pernah ke sungai tu sebelum ini. Sebelum sampai, saya siap-siap letak barang-barang penting seperti dompet dan telefon dalam beg kalis air.... tak ada tukar-tukar baju, terus terjun sungai," ujarnya secara berseloroh.

Tun berkata, dia sebenarnya membawa pakaian ekstra yang disimpan di dalam beg untuk kecemasan seperti cuaca hujan tapi tidak digunakannya.

berhelmet terjun sungai 7

Tun ketika beraksi di litar.

Dia yang memiliki dua motosikal berkuasa tinggi itu terus kekal mandi di sungai dengan lengkap berpakaian dan berkasut, tetapi bertindak menanggalkan helmet dan beg sandang.

Tun yang meminati bidang permotoran sejak kecil menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mandi selama kira-kira sejam sebelum makan di sebuah restoran berhampiran.

"Saya tak tukar walaupun bawa pakaian ekstra. Saya masih pakai baju yang sama masa ikut kawan-kawan pergi makan. Sebab berangin masa naik motor dengan panaskan enjin sebelum bertolak, jadi pakaian saya cuma lembab saja," katanya.

berhelmet terjun sungai 4

Tun suka menghiburkan rakan-rakan.

Namun kata Tun yang bergiat aktif dalam aktiviti permotoran sebagai hobi sejak berusia 20 tahun, dia sama sekali tidak menyangka terdapat orang awam lain turut berada di sungai ketika itu.

"Saya ingat cuma kawan-kawan je, rupa-rupanya ada pengunjung lain datang sekeluarga. Saya tak pandang kiri kanan terus terjun sungai. Selepas tu baru perasan ada penonton lain tengok.

"Apa yang saya lakukan tu sekadar untuk menghiburkan kawan-kawan. Sayalah kawan yang paling annoying sebab suka mengusik dan menyakat mereka, tapi saya sayang kawan-kawan.

"Masa belum kahwin boleh seronok macam ni, momen penting masa masih bujang," katanya sambil menambah dia hanya menukar pakaian dan mandi semula sebaik pulang ke rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain