suria

Kakak buat kejutan selepas tak sampai hati tengok adik asyik posing dengan basikal pinjam - “Dulu sakit kanser, mungkin dia tak mau susahkan keluarga”

Muhammad Alfateh menerima kejutan basikal pada Ahad lalu.

DEMI adik tersayang, apa sahaja sanggup dilakukan.

Begitulah kisah Nur Saidatul Syahirah, 28, yang membuat kejutan hadiah sebuah basikal kepada adik lelakinya.

Video kejutan untuk Muhammad Alfateh, 20, turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga tular dan dihujani pelbagai komen positif netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam sambut birthday girlfriend, cara lelaki ini rai rakan baiknya memang rare... siap check in Airbnb berdua - “Jangan tinggalkan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahira mendedahkan kejutan itu sudah lama dirancang sebelum ia direalisasikan dengan bantuan suaminya, Rosmisuhaidy Mohamad, 34, pada Ahad.

"Kami ada lima beradik dan saya merupakan anak sulung. Adik ketiga saya memang minat basikal tu, dia selalu pinjam basikal kawannya. Selalu tengok dia post kat Instagram.

"Dia cakap nak kumpul duit, nak beli sendiri tapi belum ada bajet lagi. Adik kata dia berkenan dengan model basikal itu.

"Kami pun pernah offer nak belanja, tapi dia berkeras kata nak kumpul sendiri. Tapi saya perasan dia asyik tengok gambar basikal dalam telefon. Dia kata mahal, harga dalam RM3,000.

syahira3

Syahira bersama suaminya.

"Akhirmya saya berbincang dengan suami, kami survey kedai yang ada basikal tu, rupa-rupanya tinggal sebuah saja. Jadi last minute kami beli pada Ahad," ujarnya.

Menurut Syahira, basikal itu diletakkan pada bahagian belakang keretanya sebelum ia dibawa ke kediaman ibu bapanya di Losong, Terengganu.

Dia dulu sakit kanser. Mungkin dia fikir keluarga dah banyak berhabis untuk dia, sebab tu dia tak meminta.

SYAHIRA

Tambahnya lagi, dia terharu melihat reaksi adiknya yang terkejut dan seolah-olah sukar percaya dengan pemberian itu.

"Saya dan suami balik rumah keluarga saya, kemudian minta adik ambilkan sesuatu dalam kereta. Saya kata ada tertinggal barang.

"Mula-mula dia malas, tapi dia pergi ambil juga. Dia terkejut sampai nak menangis. Kita pula jadi sedih sebab tengok reaksi dia.

"Dia memang tak sangka kami nak bagi, lagipun birthday dia dah lepas. Saya juga tak sangka video kejutan itu akan viral di TikTok.

syahira2

Muhammad Alfateh pernah bergambar dengan basikal yang diminatinya sebelum ini.

"Ramai yang komen, mereka kata terharu. Memang banyak komen positif," ujarnya yang menjalankan bisnes insuran.

Dedah Syahira, adiknya itu pernah berkunjung ke kedai dan pernah merakam selfie dengan basikal yang diingininya.

Dalam pada itu kata Syahira, dia mahu membuat kejutan itu kerana adiknya bukanlah seorang yang suka meminta-minta.

Dia turut beranggapan adiknya bersikap demikian kerana enggan menyusahkan keluarga yang sudah banyak berkorban sepanjang tempoh dia menghidap kanser limfoma sejak berusia 12 tahun.

syahira4

Remaja ini pernah menghidap kanser limfoma ketika berusia 12 tahun.

"Dia jenis susah nak minta apa-apa. Dulu sakit kanser, mungkin dia fikir keluarga dah banyak berhabis untuk dia, sebab tu dia tak meminta.

"Dia kena kanser limfoma ketika umur 12 tahun, sebelum Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekarang dah sihat, cuma ada rawatan susulan, kena pergi hospital enam bulan sekali," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video kejutan itu sehingga kini meraih lebih 35,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain