suria

Askar garang tapi penyayang... abang nak piat telinga adik sebab tolak tawaran ke IPT, tak tahan kena bebel dialek Kelantan di telefon

Najwa (kiri) menolak tawaran tersebut kerana tidak berminat dengan bidang yang ditawarkan.

MARAH itu, tandanya sayang.

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang remaja apabila abangnya membebel kerena menolak tawaran untuk sambung belajar.

Rakaman visual yang dimuat naik oleh remaja berkenaan memaparkan abangnya sedang membebel melalui perbualan telefon di dalam dialek Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak jual, siapa nak boleh ambil” - Selepas tanam sayur di laman rumah untuk sedekah, 2 jejaka bujang tak sangka dapat permintaan lain

ARTIKEL BERKAITAN:Amboi! Kucing garang bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ - “Suami saya hadiahkan, tapi dia pun takut Ciko”

Video tersebut meraih hampir 20,000 di aplikas TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Najwa Mat Yasin, 18, berkata, abangnya Yusri, 40, membebel kerana dia menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Jelasnya lagi, dia menolak tawaran tersebut kerana tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan kepadanya.

"Dalam video tu abang membebel sebab saya tolak tawaran untuk sambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam di politeknik.

"Tetapi saya tak minat bidang tersebut dan memang tak beritahu abang pun dah tolak tawaran tu. Dia dapat tahu pun melalui telefon, sebab waktu itu mak yang beritahu dia.

"Terus dia telefon saya dan membebel, abang cakap dia baru berangan nak melihat adik-adiknya sambung belajar dan berjaya. Dia sanggup cari duit lebih untuk membiayai kos pengajian jika saya sambung belajar.

IMG_6550

Yusri merupakan seorang abang yang tegas dan garang tetapi prihatin terhadap adik-adiknya.

"Abang cakap nasib baik kami berjauhan, kalau tak mesti dia dah piat telinga saya," katanya yang merupakan bekas pelajar aliran seni di Sekolah Menengah Kebangsaan, Setiu, Terengganu.

Mesra disapa Najwa, katanya abangnya itu semangnya seorang yang tegas dan garang, tetapi sangat prihatin terhadap adik beradiknya.

Jika ada apa-apa masalah yang menimpa mereka adik beradik, pasti abang akan datang membantu.

"Abang saya ni seorang askar, jadi dia memang agak garang dan tegas. Tapi kalau bab adik-beradik ni memang caring sangat sebab sebagai abang sulung, dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk adik-adik.

"Cuma abang tu memang suka membebel kalau adik beradik ada buat salah, tapi dia baik sebenarnya. Saya tak rapat dengan abang sebab dia garang, lebih selesa dengan kakak-kakak yang lain.

"Tapi kalau ada apa-apa masalah tu, abanglah orang pertama yang muncul walaupun dia selalu sibuk dengan kerja. Kalau dia balik rumah memang tak hiraukan pasal kerja dah, abang akan fokus pada keluarga sahaja.

Saya sebenarnya minat dalam bidang perniagaan dan bercita-cita untuk menjadi seorang businesswoman.

NURUL NAJWA MAT YASIN

"Abang saya sekarang menetap di Sungai Besi bersama isteri dan empat anaknya," ujarnya yang berasal dari Kampung Penarik, Setiu,Terengganu

Bagaimanapun, kata anak bongsu daripada sembilan beradik itu, dia mempunyai alasannya tersendiri untuk menolak tawaran tersebut dan masih mencuba nasib untuk membuat rayuan di universiti lain.

Najwa kini tinggal bersama kakaknya Sunika, 26, di Larkin, Johor, dan mencari pekerjaan sementara menunggu tawaran lain untuk melanjutkan pelajarannya.

"Sebenarnya abang ada juga suruh terima je tawaran tu, mana tahu tiba-tiba minat. Tapi takut juga kalau dah mula belajar, saya tetap tak minat dengan bidang yang ditawarkan itu.

"Saya sebenarnya minat dalam bidang perniagaan dan bercita-cita untuk menjadi bussiness woman.

Najwa (kanan, atas) kini menetap di Johor bersama kakaknya Sunika (tengah)

"Saya dah cuba buat rayuan di mana-mana universiti untuk sambung belajar, tetapi kalau tak dapat juga mungkin akan terus bekerja di sini. Sekurang-kurangnya dapat juga bantu keluarga di kampung.

"Sebab itu saya ambil keputusan untuk tinggal bersama kakak di Johor Bahru kerana fikir bila dah tolak tawaran tu, nak cuba cari kerja di sini sementara menunggu tawaran lain," katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain