suria

Gara-gara patah kaki, kini berbadan sado... pemuda berhabis ribuan ringgit ‘buka’ gim di bilik, asalkan tak kacau abang tidur!

Foto kiri Amirul menunjukkan ototnya, foto kanan sebahagian ruang di bilik tidur yang menempatkan peralatan gim.

BUKA tutup, buka tutup, begitulah nasib yang menimpa pusat gimnasium atau gim berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Impaknya bukan saja dalam kalangan pengusaha industri itu, malah masyarakat yang selama ini menjadikan gim sebagai platform untuk melakukan aktiviti kecergasan.

Senario yang berlaku itu menyebabkan ramai menggunakan kaedah alternatif bersenam di rumah, termasuk seorang pemuda yang 'membuka' gim sendiri di dalam bilik tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos mahal sangat, lelaki ini buat sendiri gim, alat bersenam guna barang terpakai... sengaja tak letak bumbung sebab ada 'sejarah hitam'

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berkain pelikat angkat tong gas, ramai kagum tengok 'bicep'... tapi apa hal pula pemuda ini pakai 'gelang putih'?

Pemuda berusia 22 tahun, Syed Amirul Haziq Syed Mohd Tahir berkata, gim tersebut mula beroperasi di bilik tidur abangnya di kediaman keluarga di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Namun jangan salah sangka, gim yang menempatkan pelbagai peralatan senaman dan kelengkapan angkat berat hanya untuk kegunaannya bersama abang berusia 28 tahun.

"Saya dan abang mula memenuhkan ruang bilik tidurnya yang lebih besar dengan peralatan gim sejak Disember lalu. Sedikit demi sedikit kami bawa masuk.

"Tak tahu bila gim akan dibuka semula dengan kes Covid-19 di negara ini masih tinggi, jadi eloklah kami buat gim sendiri," katanya kepada mStar.

gim bilik tidur 3

Foto kiri Amirul ketika berat 55kg, foto kanan Amirul mengalami patah kaki akibat satu insiden sewaktu bermain bola sepak.

Lebih mesra disapa Amirul, dia mula berjinak-jinak dengan latihan di gim sejak usianya 19 tahun pada 2018 di mana badannya ketika itu agak kurus dengan berat 55 kilogram.

"Dulu di sekolah saya kaki main bola sepak. Tapi tidak lagi aktif selepas terlibat dalam satu insiden ketika bermain bola sewaktu Tingkatan Lima sehingga patah kaki.

Ada kelengkapan yang saya beli pada harga murah daripada pengusaha yang terpaksa tutup gim kerana mengalami kerugian disebabkan PKP

AMIRUL

"Jadi, saya cari sukan baru yang boleh fokus pada kecergasan diri selain mahu perubahan fizikal yang lebih baik dengan membina otot," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Setakat ini sebanyak lapan peralatan gim di bilik tidur abangnya untuk pelbagai jenis bina badan seperti menguatkan otot di bahagian dada, bahu, lengan dan kaki serta perut.

gim bilik tidur 4

Amirul sewaktu berlatih di gim.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia dan abangnya membelanjakan kira-kira RM7,000 untuk kesemua kelengkapan.

"Kami berhabis kira-kira 7,000 dan peralatan paling mahal iaitu plate untuk angkat berat berharga lebih RM2,000.

"Ada kelengkapan yang saya beli pada harga murah daripada pengusaha yang terpaksa tutup gim kerana mengalami kerugian disebabkan PKP," tambahnya.

gim bilik tidur 6

Salah satu peralatan gim.

Mengimbas kembali sewaktu aktif bersenam di pusat gim sebelum pandemik, Amirul berkata, kebiasaannya dia berlatih antara tiga hingga empat kali seminggu.

"Perubahan fizikal mula nampak selepas enam minggu pertama masuk gim. Dari berat badan saya 55kg, sekarang dah mencecah 78kg," ujar pemuda berketinggian 170 sentimeter itu.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur itu mengakui rindu untuk bersenam di gim bersama rakan-rakan, namun akur dengan kekangan disebabkan oleh PKP.

gim bilik tidur 5

Latihan angkat berat dari bilik tidur.

"Bila ada gim dalam bilik tidur ni senang, tak perlu keluar bilik pun dah boleh exercise nak sado. Dulu nak tambah berat, sekarang mahu nak badan macam ahli bina badan.

"Cabaran bersenam dalam bilik tidur ni tak ada kawan-kawan support. Kalau kat gim, mereka boleh juga beri semangat dan bantu angkat plate berat tu.

"Sekarang semuanya kena buat sendiri. Saya lebih bersemangat bila ambil minuman tenaga pre-workout dan misi untuk menyertai pertandingan bina badan.

"Disiplin dan konsisten tu kena ada. Ini termasuk tidak mengganggu abang bila dia tidur di bilik, saya workout bila abang tak tidur je," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain