suria

Anak rindu nak tatap wajah, tapi mak ayah tak pandai video call... berlaku drama air mata di pagi Aidiladha ketika jambangan wang dikirim

Pasangan warga emas ini menerima jambangan wang pada Selasa daripada anak mereka yang tidak dapat merentas daerah untuk pulang beraya.

SETIAP kali tibanya hari raya, ibu bapa di kampung pasti ternanti-nanti kepulangan anak mereka.

Namun, situasi itu mula berubah selepas pandemik Covid-19 melanda negara sejak lebih tahun lalu.

Begitu juga kisahnya dengan Hairulanita Abd Rahman, 39, yang sebak apabila tidak dapat pulang meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak kampung tak akan lupa peristiwa macam ni” - Penjual choco jar sebak, ibu menangis terharu walau dapat hadiah telefon harga tak seberapa

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi jatuh bangun bisnes, motosikal baharu tanda anak balas pengorbanan bapa - “Impian saya lepas ni nak hadiahkan restoran untuk mak”

Mesra disapa Kak Ita, dia bagaimanapun ada membuat kejutan istimewa untuk ibu sebagai pengganti diri pada hari mulia itu.

"Mak ayah di Batu Pahat, saya pula di Johor Bahru. Cuma berbeza daerah, sekarang tak boleh nak merentas daerah. Dah beberapa bulan saya tak balik jumpa mereka.

"Jadi saya cakap kepada suami, apa kata kita bagi kejutan untuk mak ayah? Niat untuk jadikan sebagai kenangan untuk mereka, untuk tunjuk penghargaan kepada mak ayah.

kak ita1

Sekatan rentas daerah menyebabkan Kak Ita sekeluarga tak dapat pulang beraya ke Batu Pahat.

"Tiada niat nak menunjuk. Cuma nak simpan sebagai kenanan. Ia merupakan hadiah daripada saya dan suami sebabnya sejak raya puasa tak dapat jengkuk mereka," ujarnya kepada mStar.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia juga sebak selepas menyaksikan video ketika kedua ibu bapanya menerima jambangan kejutan itu pada Selasa.

Selepas dapat kejutan tu, mak ada call saya dan dia menangis.

KAK ITA

Menurut Kak Ita, dia gagal menahan air mata selepas melihat wajah kedua ibu bapanya yang tersentuh dengan pemberian itu.

"Rangkaian kat kampung tak OK, mak pula tak pandai buat video call. Jadi dah lama saya tak dapat tengok muka dia. Call biasa je setiap hari.

mak ayah2

Ibu bapa Kak Ita yang menetap di daerah Batu Pahat.

"Bila orang yang buat khidmat kejutan tu bagi video ketika dia hantar jambangan duit, saya terus menangis. Mak memang seorang yang cepat tersentuh hati.

"Ayah pula memang relaks macam tu. Cuma touching bila tengok mak. Selama ni contact dapat dengar suara je.

"Selepas dapat kejutan tu, mak ada call saya dan dia menangis. Dia risau akan kami sekeluarga," ujarnya lagi.

kak ita 2

Kafe yang diusahakan Kak Ita sejak tiga tahun lalu.

Bercerita lanjut, Kak Ita yang berada di Johor Bahru tidak dapat pulang ke kampung halaman memandangkan pergerakan rentas daerah masih belum dibenarkan.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila video ibu bapanya menerima kejutan berkenaan tular di TikTok selepas dikongsi oleh pemilik Bouquet by Yunisufian sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

Malah, dia turut sebak apabila ramai yang mendoakan ibu bapanya, tak kurang juga yang turut bersedih kerana tak dapat beraya di kampung.

kak ita 3

Antara kek batik yang dihasilkan oleh ibu kepada empat cahaya mata itu.

Mengenai dirinya, Kak Ita mengusahakan kedai makan Bossque Cade di Gelang Patah, Johor bersama seorang rakan kongsi yang juga sahabat baiknya sejak tiga tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kafe itu popular dengan menu nasi ayam penyet dan nasi royale ayam merah dengan daging hitam.

Selain itu, Kak Ita turut mempunyai perniagaan bakeri dari rumah yang diusahakan sendiri dan banyak menghasilkan kek lapis dan aneka menu pastri lain mengikut permintaan pelanggan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain