suria

Terkejut disergah waktu Maghrib, ramai pecah perut tengok pelajar capai hanger nak balun member... dahlah penakut, boleh pula segan muka tak ‘glow-up’

Gelagat rakan Aaizaatt yang spontan mencapai penyangkut baju dan mahu memukul seorang lagi rakan mereka mencuit hati netizen.

SITUASI pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan secara norma baharu.

Ketika ini, pelajar sama ada penuntut universiti, sekolah menengah mahupun rendah terpaksa mengikuti pembelajaran secara atas talian (online) di rumah.

Jika ditelusuri di media sosial, ramai warganet membuat perkongsian 'throwback' mengenai kehidupan sewaktu mengikuti pengajian di kampus dan di sekolah bagi mengimbas kenangan dan mengubati rasa rindu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal roommate! Zaman belajar dah habis, ramai sebak tengok 2 sahabat buat sesi luah perasaan dalam kereta sebelum berpisah di plaza tol

ARTIKEL BERKAITAN: 2 kali majlis ditunda, graduan melaram jubah konvo demi cipta kenangan sendiri... paling tak lupa kisah hampir putus asa di Jepun

Baru-baru ini di TikTok, video di mana seorang penuntut mengusik rakannya yang mahu menunaikan solat dengan menyergahnya di sebalik pintu bilik di kolej, menjadi tular.

Apa yang melucukan, gelagat rakannya itu yang spontan terus mencapai penyangkut baju dan mahu 'membalun' si pengusik dek kerana terlalu terkejut, mencuit hati netizen.

"Rindunya zaman diploma...," demikian kapsyen pada video yang meraih sehingga 277,000 jumlah tontonan itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Aaizaatt Azhar yang juga individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan mendedahkan bahawa dialah 'dalang' sebenar di sebalik 'prank' berkenaan.

"Sebenarnya video itu adalah video yang dirakam pada 2019 ketika kami masih mengikuti pengajian peringkat diploma. Kawan saya, Syahmi Halim Mohd Shuhmy memang terkenal dengan sifat penakut.

"Dia merupakan rakan yang saya kenal sejak sekolah rendah... rezeki kami bila dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan yang sama, Sains Pertanian (Perladangan) dan mendiami bilik yang sama di kolej di UiTM cawangan Jasin, Melaka.

usik baru 2

Aaizaatt (kiri) dan Syahmi (kanan) melanjutkan pengajian di institusi yang sama dan dalam jurusan yang sama di peringkat diploma.

"Saya memang dah 'masak' dengan sifat penakutnya. Memang selalu sayalah yang jadi mangsa kena pukul sebab selalu sakat dia. Satu hari tu, saya ajak rakan lain pula sakat, dan saya rakam. Syahmi tak syak sebab dia masuk je bilik, dia nampak saya.

"Tiba-tiba rakan lain pula sergah di sebalik pintu. Itu yang dia terkejut ingatkan hantu sebab tak tahu ada orang lain dalam bilik. Tambah pula waktu Maghrib. Masa tu pula tengah kecoh kisah mistik dekat kolej," ceritanya sambil ketawa kecil.

Menurut pemuda berusia 22 tahun ini, dia dan rakan-rakan lain tidak jemu menyakat Syahmi kerana suka melihat reaksinya.

"Kami suka sakat dia sebab reaksinya 'dramatik'... macam mak-mak. Selalu taktik saya akan menyorok belakang pintu, bersembunyi di sebalik selimut.

Memang selalu sayalah yang jadi mangsa kena pukul sebab selalu sakat dia. Satu hari tu, saya ajak rakan lain pula sakat, dan saya rakam.

AAIZAATT AZHAR

"Kerap juga main tutup lampu kalau dia dekat tandas. Paling gigih, saya pernah menyorok dalam locker semata-mata nak sergah dia," katanya yang berasal dari Serendah, Selangor sambil menambah banyak lagi insiden lucu bersama Syahmi namun tidak sempat dirakam.

Aaizaatt berkata kini masing-masing sudah menamatkan diploma di mana dia sedang menunggu untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda manakala Syahmi pula sudah melangkah ke alam pekerjaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, sungguhpun haluan sudah berbeza namun keakraban bersama sahabat baiknya itu tidak berubah malah mereka kerap menghabiskan masa bersama-sama memandangkan tinggal di kawasan perumahan berdekatan.

"Dia tahu videonya viral... sebenarnya ini kali kedua viral. Kali pertama di Twitter pada 2019, dan ini kali kedua di TikTok pula. Dia okay tapi segan sebab katanya masa tu kulit gelap... tak 'glow up'.

usik baru 1

Aaizaatt dan Syahmi rapat sejak di bangku sekolah rendah sehingga kini.

"Maklumlah masa belajar dulu kerap masuk ladang setiap kali selepas habis kelas. Sekarang dah berbeza sikit," ujarnya berseloroh.

Tidak menyangka videonya tular, Aaizaatt berkata dia gembira kerana perkongsian tersebut sedikit sebanyak menghiburkan netizen.

"Ramai yang luahkan rindu zaman belajar. Namun ada juga pelajar-pelajar yang sedih sebab tak berpeluang rasa pengalaman di kampus sejak Covid-19 melanda.

"Tapi mesej yang cuba saya tekankan, ciptalah sebanyak mungkin memori dengan rakan-rakan walaupun simple. Benda tu jadi kenangan sampai bila-bila," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain