suria

Iron Man faham loghat Kelantan? Paling win ibu anak satu siap beri arahan pada Jarvis - “Buko meta, tutup meta”

Video Fatin memakai helmet Iron Man tular di TikTok.

KARAKTER Iron Man cukup dikenali dalam kalangan penggemar filem aksi dan adiwira.

Bukan sahaja di peringkat antarabanga, malah Iron Man turut diminati oleh ramai individu di negara ini.

Tidak terkecuali tentunya Fatin Amyra Lee, 28, yang sanggup berbelanja ribuan ringgit demi mendapatkan koleksi berkaitan Iron Man.

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

ARTIKEL BERKAITAN: Satu dunia kecoh pandemik, ‘muncul’ Spider-Man selamatkan sebuah gerai burger - “Terbaharu PKPB pula, tak tahulah nasib saya”

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, pada tahun lalu dia membeli sebuah helmet Iron Man berharga RM1,800 dari United Kingdom (UK).

"Mula-mula saya nampak di laman web. Lepas tu saya tanya kawan di UK, minta dia tolong beli. Jadi dia tolong beli untuk saya di sana.

Bahagian luar dan dalam helmet itu.

"Enam bulan juga saya tunggu sehinggalah ia sampai pada Januari lalu. Saya beli sebab minat dan untuk tujuan suka-suka sahaja," ujarnya yang mesra disapa Fatin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut wanita yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu, dia tidak menyangka video miliknya akan tular di media sosial.

Ada juga yang komen, mereka kata tak perlu beli di UK... dalam Shopee pun ada.

FATIN

Ramai netizen terhibur melihat Fatin menggunakan dialek Kelantan untuk memberi arahan (voice command) bagi membuka dan menutup bahagian depan helmet Iron Man itu.

Dalam video itu, Fatin menyebut "Jarvis, tutup meta' (tutup sebentar) dan 'Jarvis, buko meta' (buka sebentar) sebagai arahan untuk menutup dan membuka helmet berkenaan.

"Sebelum ini dah pernah viral. Kemudiannya akaun TikTok saya dipadamkan. Ini akaun TikTok yang baharu.

"Bila saya kongsi video, ramai yang tanya saya beli di mana dan berapa harganya. Ramai juga terhibur bila saya beri arahan kepada Jarvis (helmet Iron Man) itu dalam bahasa Kelantan.

"Ada juga yang komen, mereka kata tak perlu beli di UK... dalam Shopee pun ada," ujarnya lagi.

Berasal dari Kelantan, Fatin kini menetap di Kajang.

Namun kata Fatin yang kini menetap di Kajang, Selangor, dia terhibur dengan segala komen yang ditinggalkan dan tak ambil hati dengan komen negatif netizen.

Menurut ibu kepada cahaya mata berusia tiga tahun itu, dia mempunyai perniagaan sendiri berkaitan pemasaran.

Malah katanya, segala video di TikTok dibuat secara suka-suka bagi menghilangkan kebosanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video Fatin di TikTok sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan.

Untuk rekod, filem Iron Man yang juga adaptasi Marvel Comics diterbitkan pada 2008.

Dilakonkan oleh Robert Downey Jr. yang memegang watak Tony Stark atau Iron Man, filem itu meraih kutipan tinggi sehingga mengumpul peminat tersendiri di peringkat global.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain