suria

Sayu lihat penderitaan kanak-kanak... jurufoto Malaysia salur hasil photoshoot buat rakyat Palestin, sanggup jual akaun Twitter sendiri!

Terkesan dengan penderitaan rakyat Palestin, Amy (kiri) membuat inisiatif sendiri dalam menyalurkan sumbangan wang. (Gambar Hiasan: Shahanaaz Habib)

PENDERITAAN rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ternyata meruntun hati kita semua.

Tidak terkecuali tentunya jurufoto ini yang tampil dengan inisiatif tersendiri dalam memberi sokongan dan sumbangan buat penduduk di sana.

Menurut Zulhelmey Isnin, 31, dia baru sahaja memperkenalkan khidmat fotografi dengan harga RM150 untuk satu sesi selama 30 minit yang mana kesemua wang itu akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Israel cabul undang-undang antarabangsa, Muhyiddin harap serangan zalim ke atas Palestin dihentikan segera

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan lihat penderitaan penduduk Palestin, Anwar kumpul dana RM500,000 dalam tempoh 24 jam

"Baru sahaja saya war-warkan pada Sabtu malam. Alhamdulillah sudah ada beberapa orang yang tanya.

"InsyaAllah akan dimulakan pada Isnin di sekitar Kuala Lumpur sahaja memandangkan sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Konsepnya, selepas siap shoot, saya nak mereka transfer sendiri duit itu ke akaun sumbangan untuk penduduk Palestin," ujarnya kepada mStar.

Lebih dikenali dengan nama Amy Medusa dalam kalangan warga maya, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui sebak apabila mengenangkan penderitaan penduduk di sana.

Amy turut menjual akaun Twitter miliknya pada harga RM500.

Malah katanya, sebagaimana harapan masyarakat global yang lain, dia juga mahu penderitan rakyat Palestin berakhir dalam kadar segera.

"Saya ada anak dan keluarga dan apabila lihat ramai kanak-kanak di sana jadi mangsa saya terfikir, bagaimana sekiranya anak saya kena macam tu.

Dah tak sanggup nak tengok mereka derita.

AMY

"Jadi saya cuba bantu daripada segi kewangan, sekadar termampu. Kalau tanya sesiapa pun, mereka pasti mengharapkan kemenangan Palestin.

"Kita juga berharap agar keganasan dihentikan serta-merta, dah tak sanggup nak tengok mereka derita," ujarnya lagi.

Bapa kepada dua anak ini berharap penderitaan orang Palestin akan berakhir segera.

Kata Amy, dia baru-baru ini turut menjual akaun Twitter miliknya yang mempunyai 13,700 pengikut dengan harga RM500 yang mana wang itu turut disumbangkan kepada penduduk Palestin.

Untuk rekod, Amy mula menjadi jurufoto pada tahun 2014.

Pada Julai 2019, dia pernah mendapat liputan mStar berkenan kisah tularnya yang berkunjung ke sebuah hotel berkonsepkan Hello Kitty di Melaka.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain