suria

Gadis perjelas gambar didakwa jadi spy keluarga atas bumbung rumah... bukan buat ‘open house’ cuma ziarah keluarga terdekat

Foto yang dirakam ketika Aidilfitri tahun lalu sekali lagi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

SESI bergambar menjadi elemen penting setiap kali kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, gadis Bugis ini tampil berbeza apabila dia membuat sesi photoshoot di atas bumbung kediaman keluarganya di Labuan.

"Bila famili kau buat open house dan kau dilantik jadi spy tengok-tengok kalau polis ada buat ambush," tulis kapsyen pada gambar itu di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Siam jelita imbas kenangan naik motor pusing kampung, siap kutip duit raya sampai RM300... tahun ini tak sabar nak sambut lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse di Arab Saudi sebak dah 2 tahun tak dapat balik Malaysia, rupa-rupanya ada hikmah menanti di akhir Ramadan sampai ke Syawal!

Menurut gadis yang mahu dikenali sebagai Selvia itu, foto tular berkenaan sebenarnya dirakam pada Aidilfitri tahun lalu dan ia tidaklah sebagaimana yang disangka oleh netizen.

Jelasnya, ia sekali lagi tular pada tahun ini dengan pelbagai kapsyen dan andaian dalam kalangan netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ia sebenarnya gambar masa raya tahun lepas. Saya dah kongsi di Facebook masa raya tahun 2020 tapi kali ni orang viralkan balik.

"Terkejut juga tengok gambar tu viral. Kebanyakan komen terhibur dengan gambar itu. Ada juga sikit-sikit yang kecam.

Selvia tak sangka gambarnya tular sekali lagi tahun ini.

"Kapsyen jadi spy rumah terbuka tu ada individu di Facebook yang buat. Bukan saya. Itu sebenarnya kami suka-suka OOTD di rumah saja.

"Masa tu saya bergambar dengan adik," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Labuan dalam PKPP sekarang, kami dibenarkan ziarah, tapi kami pergi rumah-rumah keluarga terdekat saja.

SELVIA

Menurut penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, raya kali ini tetap diraikan meriah biarpun situasinya sama sahaja seperti tahun lalu memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Biarpun penduduk di sana berada dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dia sekeluarga tetap beringat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

13 adik-beradik Selvia bersama ipar-duai dan anak sauara meraikan Aidilfitri di kediaman keluarga di Labuan.

"Labuan dalam PKPP sekarang, kami dibenarkan ziarah, tapi kami pergi rumah-rumah keluarga terdekat saja.

"Di rumah kami sendiri pun, kami hadkan sesiapa yang nak datang. Raya tetap meriah walaupun pandemik masih ada.

"Kami 13 beradik cuba wujudkan suasana meriah. Makan-makan di rumah, buat doa selamat dengan keluarga," ujarnya yang juga pelajar bidang Pemasaran Perniagaan.

Kata Selvia, dia berharap Covid-19 berakhir segera agar Aidilfitri boleh diraikan dengan lebih meriah pada tahun hadapan.

Di Instagram mStar, foto Selvia turut tular sehingga meraih lebih 25,000 tanda suka (likes).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain