suria

Drama 1 Syawal... dapat ‘kek berduit’ dan kejutan rantai, pasangan ini menangis video call dengan anak emas di pagi raya

Pasangan ini tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada Danial.

JAUH di mata tapi dekat di hati, adalah kata-kata yang sesuai digambarkan bagi mereka yang terpaksa beraya di perantauan disebabkan musim pandemik ini.

Bagaimanapun, berbekalkan teknologi moden masa kini dapatlah juga kita beraya bersama ahli keluarga yang lain secara online dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Itulah yang dilakukan oleh Nur Dinie Auni Azman, 20, sekeluarga apabila abangnya Muhammad Danial Ikwan Azman, 23, sudah dua tahun berturut-turut tidak dapat beraya bersama mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke aplikasi Tiktok, ibu bapanya tidak dapat menahan sebak apabila melihat wajah anak lelaki mereka di skrin telefon pada pagi 1 Syawal.

Video itu meraih hampir 80,000 tontonan di aplikasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Puncanya larangan ziarah raya... keluarga ini ada cara rare rai lebaran di rumah sendiri, siap cetak QR Code MySejahtera lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:Sayu lihat warga emas usung ‘bakul raya’ di sempadan Kedah-Perlis, bakal menantu akui makan sambil menangis - “Mak memang masak untuk saya dan tunang”

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Dinie, dia berkata pada pagi raya pertama mereka sekeluarga menelefon Danial yang tidak dapat pulang beraya. kerana komitmen kerjanya sebagai Pembantu Penguatkuasa AADK, PUSPEN Gambang, Pahang.

Menurut anak ke empat daripada enam beradik itu, kali terakhir Danial yang bekerja di Gambang, Pahang berjumpa dengan keluarga adalah pada April lalu.

"Danial dah dua kali raya tak dapat balik. Untuk raya tahun ni kami enam beradik merancang nak buat kejutan untuk umi papa. Kami rancang nak bagi duit letak dalam kek, jadi umi dengan papa tarik duit tu keluar.

"Masa tarik duit dari kek tu pun umi dengan papa dah menangis. Tak tahu pula Danial ada kejutan lain, rupanya dia dah beli rantai dan nak hadiahkan kepada mama tapi tak dapat nak pakaikan di pagi raya," katanya kepada mStar.

Hadiah yang dirancang oleh Dinie dan enam adik beradiknya.

Dinie memberitahu ibunya Che Hasnah Che Daud, 51, dan bapanya Azman Nawi, 53, tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan daripada anak-anaknya terutama sekali Danial.

Danial merupakan anak ketiga pasangan tersebut dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya, disebabkan itu jugalah mereka tersentuh dengan pemberiannya.

"Danial memang rapat dengan umi papa, macam anak emaslah. Tu yang umi sebak sangat masa Danial tunjuk rantai waktu kami video call dia.

"Danial minta maaf dekat kami semua sebab tak dapat balik beraya bersama tahun ini. Umi nangis dan cakap yang dia tak harapkan pun semua pemberian ni, cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

"Lagipun sekarang ni kita kena patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan." ujarnya yang berasal dari Kelantan.

Pergi rumah nenek pun kami 'bawa' Danial sekali dalam telefon, sebab ye la dia pun beraya seorang diri di Kuantan.

NUR DINIE AUNI AZMAN

Walaupun Danial tidak dapat beraya bersama dengan keluarganya, mereka tetap cuba 'membawanya' beraya sebagai satu famili.

Dinie menjelaskan bahawa keluarganya sibuk menyediakan kelengkapan untuk video call bersama Danial sehari sebelum raya agar dirinya tidak berasa ketinggalan.

Walaupun jauh, mereka tetap cuba untuk 'bawa' Danial (kiri) beraya bersama-sama.

"Macam sebelum ni kita semua dapat bersalaman jumpa face to face, sekarang ni semua video call je. Sebelum raya kami dah set up televisyen untuk video call dan ambik gambar satu keluarga sekali dengan dia.

"Pergi rumah nenek pun kami 'bawa' Danial sekali dalam telefon, sebab ye la dia pun beraya seorang diri di Kuantan," katanya yang merupakan pelajar jurusan Diploma Agroindustri Tanaman di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang.

Rancangan asalnya ialah Danial akan membawa Dinie pulang ke Kelantan memandangkan pelajar dibenarkan untuk balik ke kampung, tetapi disebabkan komitmen kerjanya dan PKP dia terpaksa berada di Kuantan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain