suria

Atuk mengamuk dengan cucu ‘bertuah’! Semua mercun roket berlepas sempurna kecuali satu ‘mendarat’ dalam rumah - “Dengan sepupu, otak bukannya betul sangat”

Myra berkata arwah atuknya mengamuk gara-gara mercun roket yang terbang ke dalam rumah.

BAGAIKAN menjadi tradisi, sambutan Hari Raya Aidilfitri turut dimeriahkan dengan percikan bunga api dan letupan mercun di sana sini.

Menurut Nur Elmiera Shakila A. Azmi, 23, dia ada kisah tersendiri mengenai mercun roket yang mana ia tersemat di ingatan sehingga ke hari ini.

"Apabila tengok orang main mercun, teringat arwah atuk saya yang meninggal dunia sebelum Ramadan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Puncanya larangan ziarah raya... keluarga ini ada cara rare rai lebaran di rumah sendiri, siap cetak QR Code MySejahtera lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil sampai besar, baju raya satu keluarga wajib ‘sama sebiji’.. semua kena ikut citarasa bos! - “Pernah mak pilih, ayah tak berkenan”

"Kejadian ini berlaku dua tahun lepas. Pada malam raya, saya dan sepupu main mercun roket depan rumah atuk.

"Semua mercun 'berlepas' dengan cantik dan baik, tapi tiba-tiba ada satu mercun roket 'terbang' ke dalam rumah dan meletup di ruang tamu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kebetulan arwah atuk tengah makan. Memang dia marah, mengamuk dan haramkan permainan mercun di rumahnya selepas kejadian itu," ujarnya kepada mStar.

Menurut Myra, kenangan di kampung halamannya di Pasoh 1, Negeri Sembilan itu membuatkan dia bergenang air mata mengenangkan arwah datuknya.

Kenangan raya dulu-dulu.

Jelas Myra lagi, masa tidak dapat diputar kembali dan dia kini hanya mampu mengenang segala memori raya dulu-dulu sahaja.

Kelam kabut berlari bila mercun meletup dalam rumah.

MYRA

"Suasana sangat berbeza sekarang. Atuk meninggal pada usia 82 tahun, dia ada banyak penyakit.

"Sangat sedih, sebab dia yang besarkan saya. Bila dia tak ada, rasa aura berbeza.

"Teringat segala kenangan manis bersama. Yang dia marah tu kita rindu. Suasana raya dah tak sama macam dulu," ujarnya yang menetap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Anak bongsu daripada enam beradik itu turut berkongsi video kejadian mercun salah 'mendarat' itu di laman Instagram miliknya.

Kata Myra, suasana raya kali ini cukup berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Myra berkata dia memuat naik semula rakaman lama itu untuk melepaskan rindu kepada Allahyarham datuk serta sepupu-sepupunya yang sudah lama tidak bersua.

Imbas Myra, arwah sangat menggemari rendang dan lemang.

Malah, setiap kali raya, arwah datuknya akan memastikan semua cucunya bersiap rapi sebelum meraikan Aidilfitri.

"Saya kongsi video tu sebab nak lepaskan rindu. Saya kalau cat rumah pun boleh menangis sebab teringat arwah atuk.

"Apatah lagi kalau tengok orang main mercun. Dalam video tu, saya dengan sepupu-sepupu main mercun selepas berbuka puasa.

"Biasalah, dengan sepupu-sepupu, otak bukannya betul sangat. Kelam kabut berlari bila mercun meletup dalam rumah," ujarnya dalam nada bergurau.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain