suria

Doktor sekeluarga diganggu malam raya! Semua sibuk di dapur, anak bercakap seorang diri... kemudian pisau potong bawang ghaib

Dr Kamarul Ariffin berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika malam raya. -Gambar hiasan

KATA orang, bayi atau kanak-kanak kecil lebih mudah melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebagaimana posting Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook, dia berkongsi kisah yang terjadi kepada keluarganya sendiri selepas anak kecilnya menunjukkan kelakuan aneh.

ARTIKEL BERKAITAN: Termometer tiba-tiba berbunyi nyaring waktu Maghrib! Doktor tak senang duduk, terus buat ‘eksperimen’ sendiri... suhu kerusi tanpa pesakit panas melampau

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri wad denggi! 12 tiub darah lesap selepas doktor nampak wajah ngeri di sebalik tirai... tambah seram, 'saksi' kejadian meninggal dunia beberapa hari kemudian

"Daripada lepas Maghrib tadi aku perasan anak aku yang berumur empat tahun ni berbual-bual seorang diri di rumah tamu. Tahun ni nampaknya kita beraya dalam PKP. Ahli keluarga lain tak balik kampung.

"Mungkin dia dah rindu beraya dengan sepupu-sepupu dia. 'Danish tengah main dengan Amna', jawab dia sambil sibuk menyusun mainan di atas lantai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebahagian disusun dekat dengannya, dan sebahagian lagi di satu lagi bertentang dengannya. Aku lihat sekeliling tak ada sesiapa pun dengan si Danish ni," cerita Dr Kamarul.

Berasa tidak sedap hati, doktor itu lantas mengajak anak kecilnya ke dapur untuk mengelakkannya bermain seorang diri di ruang tamu, namun si anak terus ralit menyusun mainan atas lantai.

"Aku pun pergilah ke dapur untuk tolong mak dan isteri aku masak. PKP, PKP la. Raya tetap raya. Masa aku sedang potong bawang di dapur, tiba-tiba dengar Danish ada tinggi suara.

"Oleh kerana dia main seorang diri, aku rasa tak sedap hati, jadi aku letak pisau di atas meja, dan pergi melihat Danish. 'Amna ni! Dia kacau Danish!' kata dia. Aku lihat sekeliling. Tak ada sesiapa.



Sebahagian perkongsian Dr Kamarul Ariffin mengenai kisah yang dialaminya.

"Sambil meruntun tangan dia, dia pun ikut aku berjalan ke dapur. Danish terus pergi duduk sebelah Tok Mak dia yang sedang mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Aku duduk di kerusi, nak sambung potong bawang.

"Aku alihkan papan pemotong dan mangkuk berisi bawang. Tak jumpa pisau. Aku jenguk pula bawah kerusi. Tak ada juga. Aku berdiri, tarik kerusi ke belakang dan tinjau lagi di lantai. Memang tak ada," cerita Dr Kamarul.

Tambah doktor itu, ibu dan isterinya juga turut sama mencari pisau yang digunakannya untuk memotong bawang sebentar tadi namun tetap gagal ditemui.

Dalam keserabutan mencari pisau tersebut, tiba-tiba anak kecilnya sekali lagi mengadu bahawa dia diejek oleh 'rakan sepermainannya' yang berada di ruang tamu.

Kedua-duanya kelihatan serba putih. Meluncur perlahan ke arah rumah aku.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

DOKTOR

"Dengan hati yang membara, aku pun terus pergi ke ruang tamu dan memekik. 'Woi! Kau tak faham bahasa ke? Anak aku tak nak kawan dengan kau. Berambus! Jangan kacau anak aku lagi!'

"Nafas aku naik turun. Aku tinjau sekeliling. Tak tahulah apa yang aku cari. Masa mata melilau tu, tiba-tiba ternampak pisau di atas lantai, betul-betul dekat tempat di mana Danish main tadi.

"Seingat aku, aku letak atas meja sebelum pergi mendapatkan Danish tadi," tulisnya.

'Gangguan' tersebut reda seketika sebelum sekali lagi anaknya diganggu ketika sedang tidur, lewat malam itu. 'Papa! Amna datang balik! Danish takut'. Air mata dia mengalir. Danish tuntun tangan aku ke dalam bilik. 'Dia kat luar tu, Papa. Amna datang dengan mama dia'.



Dr Kamarul Ariffin sering berkongsi kisah seram berdasarkan pengalamannya ketika bertugas sebagai pegawai perubatan di hospital.

"Habis sahaja Danish kata macam tu, mata aku pun terlihat di bawah pokok di seberang jalan ada sosok seorang kanak-kanak dan satu sosok perempuan. Kedua-duanya kelihatan serba putih. Meluncur perlahan ke arah rumah aku.

"Aku baca apa-apa sahaja ayat meminta perlindungan yang aku ingat. Jantung aku bergedup macam nak pecah. Alhamdulillah, tak ada perkara buruk berlaku kepada kami.

"Padahal awal tadi, siap dia sembunyi pisau lagi. Namun, Tuhan tu kan Maha Melindungi. Tiada yang lebih berkuasa," tulisnya yang kini bertugas di sebuah pusat pemulihan dan fisioterapi.

Sebelum ini, Dr Kamarul sering berkongsi kisah seram berdasarkan pengalamannya ketika bertugas pegawai perubatan di hospital.

Sehingga kini posting tersebut meraih 1,400 shares.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain