suria

Puncanya larangan ziarah raya... keluarga ini ada cara rare rai lebaran di rumah sendiri, siap cetak QR Code MySejahtera lagi!

Anak-anak Fatihah Balqis membuat aktiviti ziarah olok-olok dalam rumah mereka yang turut dilengkapi QR Code MySejahtera.

HARI Raya Aidilfitri kali ini disambut serba sederhana sahaja demi menyahut seruan kerajaan dalam usaha melandaikan jangkitan Covid-19.

Malah, larangan aktiviti ziarah rumah ke rumah turut dikuatkuasakan, sekaligus menjadikan lebaran tahun 2021 kurang serinya berbanding tahun-tahun lalu.

Di Rawang, Selangor misalnya, keluarga ini ada cara tersendiri untuk meraikan Aidilfitri di kediaman mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil sampai besar, baju raya satu keluarga wajib ‘sama sebiji’.. semua kena ikut citarasa bos!

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia

Fatihah Balqis Ibrahim, 35, bersama anak-anak tetap membuat aktiviti ziarah 'olok-olok' dengan kunjungan dari bilik ke bilik dalam kediaman mereka.

Lebih menghiburkan, suri rumah itu turut mencetak kod pengimbas (QR Code) MySejahtera yang mana ia ditampal di pintu rumah dan pintu bilik tidur untuk menambahkan lagi keseronokan beraya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Idea cetak QR Code ni anak-anak yang minta. Jadi saya tampal di pintu rumah serta pintu-pintu bilik.

"Saja kami buat suka-suka. Jadi dapatlah rasa suasana ziarah-menziarahi walaupun dalam rumah saja.

Mereka sekeluarga menetap di Rawang.

"Sebenarnya kesian dekat anak yang paling kecil, umur empat tahun. Dia tak pernah rasa suasana raya.

"Zaman kita dulu, boleh pergi rumah orang, kutip duit raya... mereka dah dua tahun tak rasa pengalaman itu." ujarnya kepada mStar.

Menurut Fatihah Balqis, dia bersama suami, Sharul Khairi Ghapar, 36, dan anak-anak berada di rumah dan menonton filem pada 1 Syawal.

Sama-samalah kita ikut saranan kerajaan, korban sekejap supaya Covid-19 reda dan kita semua kembali hidup normal.

FATIHAH BALQIS

SURI RUMAH

Selain itu, mereka turut menikmati juadah yang dimasaknya sendiri termasuklah rendang dan nasi impit bersama kuah kacang.

Dalam pada itu kata Fatihah Balqis, jauh di sudut hati dia berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera.

Raya keluarga ini diraikan dalam suasana sederhana sahaja memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

"Atuk dan nenek, belah saya dan suami dah tak ada. Memang anak-anak dah lama tak rasa suasana raya. Sebelum Covid-19, kami biasanya melawat rumah adik-beradik dan saudara mara je la.

"Untuk kali ini, saya ada buat rendang, nasi impit kuah kacang dan lima jenis biskut raya. Anak-anak bosan di rumah, jadi hari raya ni kami akan tengok movie.

"Sama-samalah kita ikut saranan kerajaan, korban sekejap supaya Covid-19 reda dan kita semua kembali hidup normal.

"Kesian anak-anak, banyak benda terlepas. Harap tahun depan dapat raya betul-betul," ujarnya yang sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Kisah Fatihah Balqis bersama empat anaknya itu mencuri perhatian selepas ia dikongsi menerusi direct message (DM) mStar pada Khamis sebelum temubual dijalankan pada hari sama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain