suria

Masuk 6 tahun kahwin, ada sebab wanita ini kurangkan berat badan... ambil masa 2 bulan pilih hadiah dioffer suami!

Foto kiri dan tengah menunjukkan Farah dengan berat badan 114kg dan 98kg. Foto kanan merupakan ganjaran beg LV selepas berjaya menurunkan 16kg.

SIAPA tak gembira apabila usaha untuk mengurangkan berat badan berhasil.

Manakan tidak, seorang wanita berjaya mengurangkan berat badan dari 114 kilogram (kg) kepada 98kg menjelang Mei, dan transformasi itu dikongsi di aplikasi TikTok.

Lebih menggembirakannya apabila dia menerima ganjaran berupa beg tangan jenama fesyen terkenal dari Perancis, Louis Vuitton (LV) kerana berjaya mengurangkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! 7 beradik terima hadiah barang LV bernilai RM60,000 daripada kakak sulung, tahun ini masing-masing dapat pakej umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pakai sandal masuk butik, siap beli beg tangan ribu-ribu... paling sempoi bukan bayar guna kad kredit atau debit, tapi hasil tabung 8 bulan

Wanita itu, Farah Syahirah Zamri berkata, dia memulakan misi dietnya sejak Disember tahun lalu dan dalam tempoh empat bulan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16kg.



Penampilan Farah tahun lalu (kiri) dan terkini selepas mengamalkan diet.

Dia bagaimanapun mempunyai sebab untuk mengurangkan berat badan, bukan semata-mata untuk berpenampilan menarik tetapi kerana mahu berusaha mendapatkan zuriat.

"Saya dah kahwin selama enam tahun tapi belum ada anak. Saya dan suami berusaha melakukan pelbagai cara, termasuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

"Banyak kali jumpa, dan setiap kali itu juga doktor menyarankan saya kurangkan berat badan bagi memudahkan kehamilan. Tapi saya selalu tak endahkannya," katanya kepada mStar.



Farah turut bersenam selain mengamalkan defisit kalori.

Pada awalnya, wanita berusia 31 tahun itu mempunyai alasan tersendiri kerana tidak mengambil perhatian nasihat doktor-doktor sedangkan dia menanti untuk mempunyai zuriat.

"Saya ni gemuk sejak kecil. Sebelum ni beberapa kali saya cuba untuk mengurangkan berat badan, tapi tidak menampakkan hasil menyebabkan saya putus asa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bila memasuki tahun keenam usia perkahwinan, ia jadi 'wake-up call' untuk melakukan sesuatu untuk mendapatkan zuriat, iaitu mendengar nasihat doktor dengan mengurangkan berat badan," ujarnya yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.



Farah (kanan) mendapat sokongan penuh daripada suami.

Lebih mesra disapa Farah, katanya, misi dietnya berpandukan kepada perkongsian video-video di aplikasi TikTok menggunakan pendekatan defisit kalori.

"Saya juga amalkan bersenam dengan menaiki tangga dari tempat parkir kereta di aras kondominium ke rumah saya di tingkat 17 setiap kali balik ke rumah," katanya.

Suami beri ganjaran bukan sebab dia mahu saya kelihatan cantik atau kurus, tetapi dia berbangga dengan usaha dan kerja keras saya untuk mengurangkan berat badan bagi mendapatkan zuriat

FARAH

Selain mengikuti video-video transformasi orang lain di aplikasi TikTok, Farah yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata, dia juga amat bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada suami.

"Walaupun misi diet saya sebelum ini seperti 'hangat-hangat tahi ayam', tapi suami selalu cakap yang dia percaya suatu hari nanti saya akan berjaya kurangkan berat badan. Alhamdulillah, dalam tempoh empat bulan saya berjaya kurangkan 16kg," katanya sambil menambah menetapkan sasara untuk mengurangkan berat badan kepada 80kg,



Farah teruja menerima ganjaran berupa beg tangan LV.

Dalam pada itu, eksekutif teknologi maklumat (IT) itu tidak menyangka menerima beg tangan jenama mewah sebagai ganjaran di atas kejayaannya mengurangkan berat badan.

"Suami beri ganjaran bukan sebab dia mahu saya kelihatan cantik atau kurus, tetapi dia berbangga dengan usaha dan kerja keras saya untuk mengurangkan berat badan bagi mendapatkan zuriat.

"Suami tanya nak sofa ke beg tangan. Sudah tentu saya sebagai wanita mahukan beg tangan. Kami bukan orang senang, jadi harus juga mengikut bajet untuk mendapatkan beg LV.

"Setiap hari saya layari laman web LV untuk semak harga dan pilihan yang berkenan di hati. Hampir dua bulan baru dapat buat keputusan demi beg LV pertama saya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain