suria

Gadis Siam jelita imbas kenangan naik motor pusing kampung, siap kutip duit raya sampai RM300... tahun ini tak sabar nak sambut lagi

Untuk kali ini, Niena juga sudah membeli empat pasang baju baharu bagi meraikan lebaran.

SELEPAS sebulan berpuasa, Syawal pertama menjadi hari yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita, rakyat berbilang kaum dan agama turut sama meraikan kemeriahan lebaran yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dulu lagi.

Menurut Shaniena Natasya, 18, yang beragama Buddha, kehidupannya di Kangar, Perlis yang dikelilingi masyarakat Melayu menjadikan Hari Raya Aidilfitri cukup bermakna dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir sejuta ‘followers’ TikTok gadis Siam tiba-tiba lesap, 2 kali gugur air mata si jelita... status calon SPM ini buat ramai keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia

Mesra disapa Niena, personaliti media sosial berketurunan Siam itu juga mengakui lebaran adalah sambutan yang wajib diraikan oleh dia dan keluarga.

"Saya dari kecil tinggal di kampung yang penuh dengan orang Melayu beragama Islam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sudah menjadi tradisi sejak kecil saya akan ikut sama beraya, pergi menziarahi rumah kawan-kawan.

Niena membesar dalam kalangan orang Melayu di kampung halamannya.

"Kadang-kadang, kami lagi sibuk dari orang Islam yang meraikannya. Mama dan aunty saya pun ada buat biskut raya.

"Di rumah kami pun biasanya akan sediakan makanan. Saya paling suka lemang periuk kera dengan rendang serta biskut Almond London," ujarnya kepada mStar.

Saya dah beli empat pasang baju untuk raya tahun ini.

NIENA

Menurut Niena, sambutan raya sentiasa dinanti-nanti olehnya dan terlalu banyak kenangan yang terukir setiap kali ia diraikan saban tahun.

Selain juadah raya yang menyeronokkan, Niena juga tak terlepas mengutip duit raya dan membeli busana baharu untuk meraikan hari itu.

"Saya pun kutip duit raya. Paling banyak pernah dapat sampai RM300 masa zaman sekolah dulu.

"Itulah kenangan paling best, pusing kampung pergi kutip duit raya. Naik motor dengan kawan-kawan pergi beraya bersama.

"Keluarga saya juga sediakan duit raya untuk kanak-kanak yang datang. Antara kenangan lain sudah tentulah main mercun dan bunga api," ujarnya yang juga seorang usahawan kosmetik sejak setahun lalu.

Tahun ini, Niena membeli empat pasang baju raya.

Untuk kali ini, Niena juga sudah membeli empat pasang baju baharu bagi meraikan lebaran.

"Saya dah beli empat pasang baju untuk raya tahun ini. Warna baby blue, purple, nude dan kuning.

"Sebenarnya memang setiap kali raya saya akan beli baju baharu. Biasanya baju kurung dan kebaya," ujarnya.

Dalam pada itu, Niena sempat menitipkan pesanan buat rakan-rakan di luar sana agar terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam meraikan lebaran tahun ini.

"Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua. Jaga SOP, kita jaga kita.

"Disebabkan penularan Covid-19, saya hanya akan beraya di Perlis tahun ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Niena sebelum ini memiliki 1.1 juta pengikut di TikTok.

Namun, akaun TikTok miliknya disekat sehingga dia terpaksa membuka akaun baharu yang kini memiliki lebih 200,000 pengikut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A