suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjur rumah terbuka Aidilfitri, lelaki dikompaun RM2,000

Mior Farid (tiga, kiri) memeriksa surat kebenaran rentas negeri pengguna jalan raya di SJR di Plaza Tol Jelapang.

SEORANG lelaki dikenakan kompaun RM2,000 kerana menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima aduan mengenai aktiviti kunjung mengunjung di rumah berkenaan, dan menyiasat perkara tersebut pada Jumaat.

"Apabila kita sampai kira-kira pukul 5.45 petang, tetamu telah tiada.

"Tuan rumah berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku menganjurkan rumah terbuka untuk rakan-rakannya," katanya selepas membuat tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jelapang di Ipoh, Sabtu.

"Kita mengeluarkan kompaun RM2,000 kepada lelaki itu," tambah beliau.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut mengesan pasangan yang menyalahgunakan permohonan merentas negeri untuk balik kampung.

"Seorang lelaki membuat permohonan rentas negeri untuk balik jumpa isteri tetapi pada pemeriksaan SJR, sebenarnya isterinya turut berada dalam kenderaan.

"Lelaki berkenaan dikenakan kompaun dan diarahkan untuk berpatah balik," katanya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain