suria

Mulanya Dr Say ‘koyak’ gim ditutup, tiba-tiba ’terduduk’ dengar kisah jurulatih ceria tiba-tiba monyok... apa kisah di sebaliknya?

Dr Say bersimpati dengan nasib seorang jurulatih kecergasan yang terkesan akibat penutupan gim kerana PKP.

RAMAI yang terkejut bercampur sedih apabila kerajaan mengumumkan penggantungan sementara aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penggantungan itu merangkumi premis atau fasiliti komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka termasuklah gim bermula 7 Mei.

Antara yang turut bersedih dengan pengumuman tersebut adalah seorang doktor selebriti yang berbadan sasa dan aktif bersenam di gim.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say tak kisah kena jerit gara-gara iklan jamban, bunyinya lebih sedap dari berlakon MV judi raya - "Duit uncle terima bersih dari segi agama, kuman"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Selangor, K.Lumpur pula dikenakan PKP mulai 7 Mei

"Sangat, sangat menyedihkan. Hari ni (Khamis) hari terakhir gim dibuka. Dua benda yang buat saya 'koyak' semasa PKP adalah tak dine in dan gim ditutup.

"Habis workout tadi saya bye bye, ucap Selamat Hari Raya dan ucap Selamat Tahun Baru 2022 kepada kenalan-kenalan di gim sebab yelah semestinya kita takkan PKP dua minggu je kan?" tulis Dr Say Shazril di laman Instagram.

Aktiviti sukan dan rekreasi seperti kemudahan gim digantung sementara di kawasan PKP.

Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Sharuddin bagaimanapun berkata, beliau menyedari wajah muram seorang jurulatih kecergasan (trainer) di gim.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tiba-tiba saya perasan seorang trainer ni yang sepanjang pengenalan saya dengan dia, tak pernah langsung dia kelihatan murung seperti tadi.

"Saya tegur dia tanya what’s up? (apa khabar) terus dia balas sorry but i'm feeling down right now (maaf bro, tapi saya rasa sedih sekarang)," katanya.

Dr Say aktif bersenam di gim.

Doktor berusia 32 tahun itu bertanya lanjut sebelum jurulatih berkenaan meluahkan dirinya akan menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai pendapatan selama dua minggu atau lebih berikutan penutupan sementara gim.

"Terduduk saya dibuatnya dengan keterangan dia. Kalau dia jenis monyok sepanjang pengenalan saya dengan dia, it’s okay.

Trainer ni, seorang yang sangat ceria, dinamik dan bertenaga... sehingga membuatkan saya sedar 'apa lah sangat 'kekoyakkan' aku tak dapat dine in dan gim ditutup

DR SAY

"Tapi trainer ni, seorang yang sangat ceria, dinamik dan bertenaga... sehingga membuatkan saya sedar 'apalah sangat 'kekoyakkan' aku tak dapat dine in dan gim ditutup'," ujar Dr Say yang juga merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors.

Mengulas lanjut, Dr Say dimaklumkan bahawa kesulitan itu juga membuatkan jurulatih berkenaan penat secara mental sambil menambah ia bukanlah pertama kali berlaku.

Perkongsian Dr Say di Instagram.

"Tahun ini semasa PKP 2.0, saya tak ada pendapatan dan bila saya mula get back on track (kembali stabil), PKP datang lagi dan saya cuma penat," ujar bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu memetik kata-kata jurulatih tersebut.

Bersimpati dengan nasib jurulatih terbabit, Dr Say turut meminta pengikutnya berkongsi pengalaman bagaimana PKP 1.0 pada tahun lalu, PKP 2.0 awal tahun ini dan PKP 3.0 yang baru dikuat kuasakan memberi kesan kepada masyarakat secara peribadi dan emosi.

"Ada ke korang di luar sana yang sedang mengalami situasi sebegini? Kepada mereka yang sedang bekerja, bersyukurlah sebab lepas saya dengar cerita dia tadi baru datang perasaan syukur yang saya masih ada pendapatan untuk menyara keluarga," katanya.

Pada Sabtu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter yang dijalankan di kawasan terbuka dibenarkan bagi tujuan kesihatan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain