suria

“Kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?” - Remaja miliki 1.1 juta pengikut di TikTok dedah ada pihak bengang tawaran reviu judi online ditolak

Kata Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya.

NAMA remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.

Malah, kisah Nurin Lofa Adriana Kirana, 17, yang menjana pendapatan menerusi reviu di TikTok dan Instagram sehingga mampu membeli kereta mewah pernah mendapat liputan mStar pada Februari lalu.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Nurin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendekatinya dengan memberi tawaran untuk melakukan reviu dalam bentuk video untuk tujuan promosi permainan judi dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia rajin membebel di TikTok, remaja 17 tahun kumpul duit sampai mampu beli Velfire - “Ada orang pernah hina kereta umi nazak”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari boleh dapat RM2,000 membebel di TikTok, ada pula yang ‘panas’ tengok rezeki pelajar ini - “Saya baru nak up...”

"Perkara ini berlaku dua minggu lepas. Mereka mesej saya tawaran itu melalui direct message (DM) Instagram. Katanya nak bayar RM3,500 untuk satu video berdurasi seminit dengan tema seksi.

"Dia suruh saya buat reviu judi online. Secara baik-baik saya cakap terus terang, saya memang tak terima reviu seperti itu.

"Dia tak boleh terima saya tolak tawaran itu. Dia kata, kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?" imbas Nurin ketika dihubungi mStar.

Nurin mendedahkan dia menerima tawaran itu sekitar dua minggu lalu.

Tanpa berfikir panjang, Nurin terus menyekat akaun individu itu kerana enggan perbualan tersebut berlanjutan.

Menurut Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya, namun terkilan apabila keputusan dia menolak tawaran tidak diterima pihak berkenaan.

"Selama ini saya pernah dapat tawaran reviu benda sama, Tapi bila saya cakap tak boleh buat, mereka hormati keputusan saya.

Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima.

NURIN

"Ada juga yang minta saya reviu bengkung. Saya memang tak ambil tawaran itu sebab tak nak pamer bentuk badan apabila memakainya.

"Kadang-kadang ada yang dah hantar barang dan mereka paksa saya pakai, jadi saya terpaksa refund balik," ujarnya.

Tambah Nurin, dia juga tak sanggup menerima tawaran kerja sedemikian kerana memikirkan soal keberkatan rezeki.

Nurin memiliki 1.1 juta pengikut di TikTok.

"Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima. Tak sampai hati nak bagi kepada keluarga," ujarnya.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Nurin mendedahkan dia gemar menjamu hidangan sardin sejak dulu lagi.

Nama Nurin mula meledak di TikTok sekitar tahun lalu.

"Saya dari kecil suka makan sardin. Dulu kami susah, tak mampu beli ayam. Jadi mak saya beli sardin.

"Sampai sekarang saya suka, ia dah jadi kegemaran," ujarnya berseloroh.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sehingga mampu membeli Toyota Velfire pada awal tahun ini, Nurin kini merancang untuk membeli tanah sebelum mendirikan rumah buat keluarganya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain