suria

Suka tolong orang sakit, remaja lelaki lupa cita-cita bergelar doktor selepas dapat keputusan kurang bagus... kini fokus jadi nurse

Alif memilih melanjutkan pengajian dalam jurusan kejururawatan kerana meminati bidang perubatan sejak menuntut di sekolah menengah.

SEBUT sahaja tentang kerjaya seorang jururawat, ia cukup sinonim dengan kaum wanita.

Malah bagi sesetengah orang, melihat seorang lelaki memakai pakaian seragam jururawat adalah sesuatu perkara yang janggal dan pelik.

Pada fikiran mereka, lelaki tidak sesuai menceburi bidang kejururawatan malah mereka juga ada persepsi tertentu terhadap kaum Adam yang bergelar jururawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu malu nak mengaku belajar bidang jururawat... kini rasa satu kepuasan buat kerja cuci najis, benda-benda kotor

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali nak mandikan pakcik, si isteri beri alasan” - Nurse terkilan sikap famili pesakit di wad, solat tak tinggal, kerap mengaji tapi...

Namun perkara sedemikian langsung tidak mematahkan semangat remaja ini untuk menghabiskan pengajian Diploma Kejururawatan yang berbaki lagi dua tahun.

Berkongsi cerita dengan mStar, Alif Aiman berkata dia mula meminati bidang perubatan sejak berada di tingkatan 4 lagi.

"Saya memang suka bab-bab perubatan sebab nak bantu pulihkan mereka... kiranya suka bantu orang sakit. Pada asalnya saya bercita-cita nak menjadi seorang doktor tapi keputusan peperiksaan tak melayakkan saya masuk kelas Sains tulen.

"Namun begitu di kelas aliran lain, saya tetap belajar subjek Sains. Jadi apabila habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mohon ikuti Diploma Kejururawatan.

"Semangat langsung tak patah... walaupun tak dapat jadi doktor, tapi bidang kejururawatan ini tetap berkait dengan bidang perubatan," kata remaja berusia 18 tahun ini.



Alif sememangnya meminati bidang perubatan sejak berada di tingkatan 4.

Mengakui turut menerima persepsi negatif orang sekeliling termasuk keluarga sendiri pada peringkat awal, namun dia yang senang disapa sebagai Alif berkata, apa yang dilakukannya adalah menerangkan mengenai bidang tersebut kepada mereka agar lebih faham.

"Keluarga pun pada asalnya tak berapa menyokong... tambahan pula kembar saya ambil bidang pengajian berkaitan off-shore. Mereka fikir kalau kerja nurse mesti duduk hospital jaga orang sakit saja.

"Tapi apa yang saya lakukan adalah menerangkan kepada mereka... Alhamdulillah sedikit demi sedikit mereka terbuka. Sekarang ni mereka berharap saya dapat menghabiskan pengajian yang saya minati.

Semangat langsung tak patah... walaupun tak dapat jadi doktor, tapi bidang kejururawatan ini tetap berkait dengan bidang perubatan.

ALIF AIMAN

PENUNTUT DIPLOMA KEJURURAWATAN

"Ada juga saudara mara macam downgrade lelaki yang kerja nurse ni. Tapi cuba fikir secara meluas, siapa yang nak attend pesakit lelaki? Takkan semua nurse perempuan.

"Mesti pesakit lelaki pun ada yang segan kalau nurse perempuan yang kena handle bahagian private," ujarnya yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan.

Sungguhpun minatnya mendalam terhadap bidang yang diceburi, namun Alif berkata ada kalanya semangatnya turut turun naik tambahan pula pembelajaran dilakukan secara dalam talian (online) sebelum ini.



Alif (kanan) bersama kembarnya yang kini sedang mengikuti pengajian berkaitan bidang off-shore.

"Sebelum ini asyik mengadap laptop saja... suasana lain apabila tak belajar secara bersemuka. Keputusan peperiksaan saya agak turun sedikit masa tu. Kalau tak ada mood, saya akan buat nota dan ingatkan diri sendiri yang saya boleh.

"Kawan-kawan satu bidang, semuanya best dan menyokong. Tapi bilangan pelajar lelaki memang boleh dikira... kalau dalam kelas, memang selalu jadi 'sasaran' pensyarah. Wajib kena tanya soalan.

"Memang selalu tak pernah terlepas. Bagus juga supaya saya tak mengantuk. Berbaki lagi dua tahun nak habiskan diploma, saya cuma harapkan nak cepat-cepat habis belajar secepat yang mungkin dan dapat keputusan cemerlang," katanya yang berhasrat mahu mengkhususkan bidang kesihatan mental.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain