suria

“Setiap kali nak mandikan pakcik, si isteri beri alasan” - Nurse terkilan sikap famili pesakit di wad, solat tak tinggal, kerap mengaji tapi...

Jururawat tersebut kesal dengan sikap sesetengah ahli keluarga pesakit yang bersikap 'lepas tangan' dengan membiarkan mereka melakukan semua perkara. foto: REUTERS/Gonzalo Fuentes.

BETUL, tugas seorang jururawat adalah untuk merawat pesakit dan perlu bersedia 24 jam dengan apa jua kemungkinan.

Namun, sifat bertimbang rasa perlulah ada kerana mereka bukan merawat hanya seorang dua pesakit di hospital, malahan lebih daripada itu.

Luahan seorang jururawat mengenai pengalamannya merawat pesakit baru-baru ini tular di laman sosial Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya kena Covid-19, pesakit ibarat datang hospital hanya untuk ‘transfer’ virus... juru X-ray hamil dikuarantin - “Selepas 15 minit baru mengaku”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse kongsi kisah sedih dipandang jijik di stesen minyak, dianggap bawa kuman jika ke tempat awam - “Aiyo jangan bawa kotor-kotor”

Jururawat tersebut kesal dengan sikap sesetengah ahli keluarga pesakit yang bersikap 'lepas tangan' dengan membiarkan mereka melakukan semua perkara.

Mengulas lebih lanjut kepada mStar, jururawat yang hanya ingin dikenali sebagai Farah itu berkongsi pengalamannya merawat seorang pesakit lelaki dalam lingkungan 60-an dan ditemani isterinya yang masih sihat.

"Si isteri solat cukup lima waktu dan sering mengaji ketika menemani suaminya di hospital.



Luahan Farah di Twitter mendapat perhatian netizen.

"Pesakit memang lemah tak boleh berjalan, jadi kami akan datang mandikan di atas katil setiap pagi.

"Apalah salah tolong sekali, tetapi setiap kali kami datang, si isteri pasti akan bagi alasan untuk menunaikan solat," ujar Farah.

Lebih baik sekiranya ketika kerja-kerja pencucian dilakukan, ahli keluarga berada di sisi dan bukannya terus beredar dari wad.

FARAH

JURURAWAT

Tambah jururawat yang sudah tiga tahun berkhidmat itu lagi, dia sedikit terkilan apabila si isteri yang mahir dalam bidang agama namun tidak dapat jaga aurat suami dengan baik.

"Saya bukan nak merungut sebab itu memang kerja saya, tetapi kesian kepada si suami kerana si isteri sudah pasti tahu hukum agama.



Farah terkilan dengan sikap sesetengah individu yang tidak ingin ambil tahu cara-cara menguruskan ahli keluarga yang sakit.

"Apakan daya, mungkin si isteri rasa pahala mengaji lebih besar daripada menolong suami yang terlantar sakit...," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Farah menasihatkan kepada orang ramai agar lebih prihatin dalam isu penjagaan ahli keluarga yang sedang sakit.

"Saya bukan nak suruh mereka ambil alih tugas kami, saya cuma ingin mereka ambil tahu cara penjagaan sahaja.

"Lebih baik sekiranya ketika kerja-kerja pencucian dilakukan, ahli keluarga berada di sisi dan bukannya terus beredar dari wad.

"Ahli keluarga perlu tahu cara-cara membersihkan badan dan menukar lampin kerana apabila pesakit pulang ke rumah, ahli keluarga yang akan melakukan kerja tersebut," ujar Farah.

Sehingga kini perkongsian tersebut menerima hampir 500 ulang kicau dan 600 tanda suka daripada netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jururawat, katil, hospital, pesakit, waris

Artikel Lain