suria

Selamba cekup tikus dengan tangan, wanita ini dedah dari mana dapat keberanian - “Ada satu haiwan saya memang tak berani”

Aqilla dan seorang lagi kakitangan yang bertugas bekerjasama untuk menangkap tikus di dalam restoran tersebut.

"SATU dalam sejuta je perempuan macam ni," demikian salah satu komen netizen terhadap video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, Nur Aqqilla binti Roseman, 26.

Video yang menunjukkan dia menangkap tikus dengan tangan mendapat lebih 300,000 tontonan dan netizen begitu kagum dengan keberaniannya 'menundukkan' haiwan perosak itu yang sedang berkeliaran di restoran tempat dia bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sistem ‘down’, staf di gedung perabot popular didakwa sindir pelanggan sebab tak bawa cash - “Tak kan 100 pun tak ada dalam wallet?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha restoran gempar temui almari misteri bawah tangga, tidak disentuh sejak 1970-an

“Restoran kami memang setiap bulan ada buat pest control dan premis juga dibersihkan setiap minggu.

“Ini memang kali pertama saya nampak seekor tikus sepanjang dua tahun kedai ini beroperasi, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Aqqilla, katanya, kejadian berlaku pada hari Selasa apabila salah seorang pekerja lelaki di restoran itu ternampak seekor tikus sewaktu mereka berada di dalam restoran.

Susulan 'penemuan' itu juga, pihak pengurusan mengarahkan untuk restoran tersebut ditutup seharian bagi menjalankan kerja-kerja pest control dan pembersihan di seluruh premis.

Aqqilla merupakan salah seorang perkerja yang bertugas sewaktu kejadian itu berlaku.

“Bila nampak je tikus tu, saya terus minta tolong staf lelaki itu ketuk penyapu untuk menakutkan tikus tersebut supaya ia berlari ke arah saya. Senang saya nak cekup.

"Kemudian saya melepaskannya ke dalam longkang yang terletak jauh dari kawasan restoran. Saya tak sampai hati nak bunuh," katanya yang hampir dua tahun berkerja di restoran tersebut.

Saya minta tolong staff lelaki itu mengetuk penyapu untuk menakutkan tikus tersebut supaya ia berlari ke arah saya. Senang untuk saya mencekup tikus tu.

NUR AQILLA BINTI ROSEMAN

PEKERJA RESTORAN

Menurut Aqqilla, proses menangkap tikus itu juga tidak mudah sehingga ia mengambil masa sehari kerana pihak pest control perlu mencari dan memeriksa lubang tikus.

Apabila ditanya tentang keberaniannya menangkap tikus, wanita berusia 26 tahun itu berkata ia mungkin kerana kucingnya selalu membawa pulang 'hadiah' ke rumah.

"Kucing saya suka sangat bawa balik tikus dan adakalanya dia membawa pulang burung.

"Tetapi kalau lipas memang saya tak berani. Kucing saya yang selalu tolong tangkap lipas tu," katanya yang berasal dari Kapar, Klang.

Kucing yang dibela oleh Aqqila selalu membawa pulang 'hadiah' ke rumahnya.

Menerusi lagi satu tweet yang dimuat naik oleh Aqilla, dia berharap agar para pelanggan tidak serik untuk datang ke restoran tersebut hanya disebabkan video itu.

Dia juga menekankan yang kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menjalankan proses pembersihan kedai dan bukan pada waktu kedai itu beroperasi.

Kebersihan di kawasan kedai makan amatlah penting untuk menjamin makanan yang disediakan kepada pelanggan bersih dan selamat dimakan.

Bukan itu sahaja, ini juga bagi memastikan para pelanggan selesa untuk menikmati hidangan di dalam premis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain