suria

Lebih seminit di pentas sebab keliru disoal harga sawit ketika terima skrol, apa pula kisah graduan selepasnya... cuak sampai muka kejung! - “Pro-canselor memang suka tanya student”

Syazwani berkongsi detik lucu ketika mengimbas kembali kenangan hari konvokesyennya pada 2019.

BAGI siswa dan siswi, detik yang paling ditunggu-tunggu sudah pastinya hari konvokesyen.

Pada hari itulah mereka akan meraikan kejayaan apabila menerima skrol selepas bertahun-tahun menimba ilmu.

Jika tibanya musim konvokesyen, pasti laman sosial meriah dengan perkongsian netizen yang memuat naik gambar masing-masing yang dirakam ketika hari bersejarah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis teresak-esak di hari konvo, pemuda tak sangka pak guard garang dapat pujuk... selepas 3 tahun hajat tercapai – “Tak mahu kejadian berulang, saya bawa famili ke Sydney”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gambar konvo rasmi graduan ‘ghaib’ semasa terima skrol, jurufoto beri jawapan... akan lebih teliti

Selain momen indah, tidak kurang juga ada yang berkongsi insiden lucu pada hari bersejarah itu sebagaimana perkongsian wanita ini.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di laman TikTok, kelihatan wanita tersebut yang sedang menerima skrol di pentas menerangkan sesuatu selepas ditanya oleh pro-canselor.

"Time ni lama gilalah kena soal harga CPO (minyak sawit mentah). Sabar jelah tapi rindu gilalah," tulis pelayar tersebut pada kapsyen video tersebut.



Wani bersama rakan sekelas ketika semester 1.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga melebihi 430,000 ribu tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Hanis Syazwani Hamid berkata video berkenaan adalah rakaman ketika hari konvokesyen pada 2019.

"Sebenarnya saja belek-belek gambar dan video lama. Saya terfikir nak muat naik suka-suka saja dekat TikTok... sebab rindu juga dengan kenangan masa belajar dulu. Tak sangka walaupun dah hampir sebulan, ia masih menjadi tontonan ramai," kata wanita berusia 24 tahun ini.



Wani (tudung ungu) kini menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani.

Bercerita lebih lanjut, dia yang senang disapa sebagai Wani berkata ketika itu dia menerima skrol Diploma Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Sebelum itu masa sedang berbaris untuk naik ke pentas, ada nampak dah beberapa orang yang kena tanya dengan pro-canselor yang anugerahkan skrol.

"Beliau memang diketahui sebagai seorang yang suka bertanya student. Random je beliau pilih. Yang tak kena tu kira terlepas la.

Kawan saya pula kena tanya pasal harga getah. Terus dia cuak.

HANIS SYAZWANI HAMID

PENUNTUT

"Tiba giliran saya, beliau tanya soalah tentang harga CPO sebab ketika itu beri skrol untuk pelajar jurusan Perladangan dan Agroteknologi. Saya pun jawab tapi masa tu terkeliru antara harga minyak sawit mentah dengan harga sawit semasa.

"Kemudian beliau tanya, 'betul ke?'... saya pula konon confident. Lepas itu beliau kata nanti study semula pasal tu. Sebenarnya beliau sengaja je nak test. Dalam seminit lebih juga berdiri atas pentas," ujarnya mengimbas kembali detik lucu tersebut.

Menurut Wani, rakannya turut menerima nasib yang sama sehingga membuatkan wanita tersebut sedikit gugup kerana cuak.



Wani (kiri) bersama pensyarah dan juga rakannya.

"Kawan saya pula kena tanya pasal harga getah. Terus dia cuak... sebab itu dalam video nampak wajahnya macam kejung sikit," kata Wani yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Sungguhpun lucu, Wani berkata ia adalah antara momen yang paling dirinduinya kerana memikirkan dia mungkin tidak berpeluang merasai nikmat meraikan hari konvokesyen seperti sebelumnya dek pandemik Covid-19.



Antara komen netizen yang meluahkan harapan agar dapat merasai suasana meraikan hari konvokesyen seperti sebelum ini.

"Bila baca komen-komen, ramai yang luahkan rasa sedih sebab tak berpeluang naik atas pentas ambil skrol secara fizikal. Kesian juga dengan graduan yang tak sempat raikan konvo sejak tahun lepas.

"Kalau boleh, saya nak sangat terima skrol ijazah sarjana muda nanti naik atas pentas macam biasa... tak mahulah posmen yang hantar skrol dekat rumah," kata Wani yang kini menyambung pengajian dalam jurusan Perniagaan Tani di UiTM kampus Melaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain