suria

Gadis ‘payung’ lagu Ziana Zain di pusat karaoke, tiba-tiba member sebelah jadi perhatian! Ramai terhibur perangai ‘masuk air’ 3 dara pingitan

Selain memuji mutu nyanyian Qhadijah (kanan), ramai netizen turut terhibur melihat rakannya yang dikenali sebagai Azwa (kiri) dalam video itu.

SEKIAN lama tidak mengasah bakat masing-masing, tiga gadis ini akhirnya berkesempatan keluar ke sebuah pusat karaoke di Perlis, baru-baru ini.

Siapa sangka, video nyanyian salah seorang daripada mereka tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan di media sosial.

Dalam video tular itu, Siti Nur Qhadijah Ruzzaimy, 21, sedang menyanyikan lagu Kemelut Di Muara Kasih dendangan asal Ziana Zain sehingga menerima pujian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu asyik layan roti kukus, pengantin perempuan sempat ‘payung’ lagu TokTi atas permintaan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Baru korus pertama dah ramai kerumun, ‘Ella cilik’ gegar Bazar Karat, “Ingatkan ahli baharu kumpulan busking”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Qhadijah mengakui terkejut apabila menyedari video itu tiba-tiba tular menerusi aplikasi TiKTok.

"Saya terkejut, bangkit Subuh tengok notification masuk. Saya tak sangka video tu akan viral. Sebab sebelum ni TikTok saya sendu je.

Video nyanyian Qhadijah menerima ratusan ribu tontonan di TikTok.

"Bila saya kongsi video nyanyi, kebanyakannya bagi komen positif. Yang negatif tu tak ada, cuma mereka kata boleh perbaiki lagi.

"Ada yang kata suara saya boleh pergi jauh. Saya terima semua komen. Yang negatif pun saya pandang positif," ujarnya.

Sejak kecil saya suka menyanyi. Dulu masa kecil, pernah ada perasaan nak jadi penyanyi.

QHADIJAH

Menurut perunding kecantikan itu, dia juga sudah terbiasa menyanyi di hadapan umum serta pernah menyertai beberapa pertandingan sebelum ini.

"Saya selalu menyanyi dan karaoke. Pernah juga masuk pertandingan karaoke. Masa sekolah pun biasa buat persembahan.

"Selain Ziana Zain, saya juga minat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan Aina Abdul. Boleh dikatakan semua lagu Ziana Zain saya suka.

Qhadijah cukup meminati Ziana Zain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Bila orang bagi reaksi positif, saya rasa terharu. Tak sangka orang nampak bakat saya. Alhamdulillah.

"Sejak kecil saya suka menyanyi. Dulu masa kecil, pernah ada perasaan nak jadi penyanyi. Bila besar, anggap macam hobi je.

Komen netizen yang terhibur dengan gelagat Azwa sewaktu Qhadijah menyanyi baru-baru ini.

"Tapi kalau ada rezeki saya tak tolak," ujarnya lagi.

Selain memuji mutu nyanyian Qhadijah, ramai netizen turut terhibur melihat rakannya, Nur Azwa Azizudin Syam dalam video itu.

Sewaktu Qhadijah menyanyi, Nur Azwa dilihat berada di sisi sambil menyanyi bersama dengan penuh bersemangat, tanda sokongan kepada rakannya sementara video pula dirakam oleh Siti Najihah Isyak.

Siti Najihah (depan) bersama Qhadijah (tengah) dan Azwa (belakang).

Kata Qhadijah, mereka merupakan rakan baik sejak sekian lama dan sememangnya suka membuat perangai 'masuk air' setiap kali bersua.

"Itu kawan saya dari sekolah rendah. Kami sama umur. Selain saya, dia dan seorang lagi kawan pun menyanyi juga.

Tiga sahabat ini sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Perangai kami memang macam tu, masuk air. Itulah perangai sebenar kalau di luar pun," kata Qhadijah.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila ramai netizen terhibur dan memuji nilai persahabatan yang ditunjukkan dalam video itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain