suria

Aiman tak kisah setahun bersin setiap pagi, sekali jumpa doktor terus kena bedah sebab resdung dah kronik - “Geli tolak tepi...”

Aiman menjalani rawatan resdung.

MENCEGAH itu lebih baik daripada merawat.

Perkongsian seorang pemuda berusia 26 tahun mengenai masalah resdung yang dialaminya ternyata membuktikan penyakit itu tidak boleh dipandang remeh.

Menurut Aiman Shafiq Mohd Shafie, dia berdepan dengan simptom resdung itu sudah lama tetapi baru mendapat pengesahan doktor kira-kira setahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri, geli tolak tepi! Doktor kongsi kisah jolok hidung, anak tekak buat ujian Covid-19 - "Segala lubang, muntah kami kena hadap"

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya vape jalan pintas ganti rokok, selepas 3 bulan perokok tegar ini terpaksa bedah telinga, hidung dan tekak serentak... kos cecah RM20K!

Lebih mesra disapa Aiman, dia sekadar mahu berkongsi pengalaman dan ingin memberitahu orang ramai bahawa penyakit itu bukan sesuatu yang biasa-biasa.



Hampir setahun pemuda ini mengalami masalah bersin setiap pagi.

Sehingga kini perkongsian video Aiman yang dimuat naik kurang 24 jam di aplikasi TikTok mendapat perhatian ramai sehingga meraih 183,000 likes dan 7,000 komen.

"Geli tolak tepi, yang penting perkongsian saya bermanfaat untuk orang lain.

"Resdung ni selalu tak dipandang serius oleh masyarakat sebab tak banyak pendedahan. Jadi apa salahnya pengalaman yang ada saya kongsi. Lebih baik mencegah daripada merawat.

"Saya sendiri tak ambil serius penyakit resdung ini sehinggalah keadaan semakin teruk," kata pemuda yang bekerja dalam bidang hartanah ini ketika dihubungi mStar.



Perkongsian Aiman menjalani rawatan resdung, di TikTok.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu memberitahu baru setahun lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor, itu pun kerana kerap sakit kepala (migrain) dan mengalami demam panas.

"Sebelum ini memang saya sensitif dengan habuk, bersin setiap pagi hinggakan kerap sakit kepala (migrain).

"Tiba-tiba satu hari saya demam, saya pun berjumpa doktor untuk dapatkan ubat migrain dan demam.

Memang terseksa betul selama beberapa hari itu. Makan bubur ja dan minum air pun pelahan-lahan.

AIMAN SHAFIQ MOHD SHAFIE

"Lebih mengejutkan saya doktor terus tahan saya di wad untuk lalukan pemeriksaan imbasan (CT scan). Dapat result tu doktor mengesahkan saya alami resdung kronik (chronic rhinosinusitis)," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia sendiri tidak menyangka masalah resdungnya akan menjadi seteruk itu.



Kos rawatan resdung yang dilakukan oleh Aiman.

Tambah Aiman lagi, susulan itu dia menjalani pembedahan pada Ogos tahun lalu dan kini telah pulih sepenuhnya.

"Pelbagai kaedah rawatan dilakukan termasuk mengeluarkan lendir dari hidung sebelum saya menjalani pembedahan.

"Doktor juga masukkan dalam hidung nasal packing untuk betulkan tulang (structure) hidung dan pernafasan.

"Bukan itu sahaja saya juga ada jangkitan sinus yang mana ia memberi kesan jangka masa panjang.

"Alhamdulillah... sekarang dah pulih sepenuhnya dan bagi saya ini masa sesuai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai," ujarnya sambil menambah kos rawatan dan pembedahan mencecah RM20,000.



Aiman (kanan) bersama tiga rakan baik.

Lebih ngeri lagi, selama tiga hari Aiman terpaksa bernafas ikut mulut kerana di dalam hidungnya dimasukkan nasal packing.

"Sejujurnya, memang terseksa betul selama beberapa hari itu. Makan bubur ja dan minum air pun pelahan-lahan," katanya mengingatkan sesiapa yang mengalami simptom resdung supaya segera mendapatkan rawatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain