suria

Penyanyi majlis kenduri kahwin padam video nyanyian lama di YouTube, tak ada kaitan dengan tuduhan ‘try hard’ nak tiru suara Ella

Video nyanyian Yucha di kenduri sepupunya tular menerusi TikTok.

AKSI seorang wanita sedang menyanyi di sebuah majlis kenduri kahwin ternyata mencuri perhatian netizen.

Dalam video tular di TikTok itu, Yuletta Yucha, 26, dari Sungai Petani, Kedah sedang menyanyikan lagu Baldu Biru dendangan asal Ella dan Datuk Awie di kenduri kahwin sepupunya yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.

Mesra disapa Yucha, dia sewaktu dihubungi mStar mengakui terkejut apabila video berkenaan meraih perhatian ramai sehingga dia turut menerima kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru korus pertama dah ramai kerumun, ‘Ella cilik’ gegar Bazar Karat, “Ingatkan ahli baharu kumpulan busking”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

"Saya memang minat Ella dari kecil lagi. Ini juga bukanlah kali pertama saya nyanyi di majlis kenduri kahwin.

"Dari pukul 2 sehingga 4 petang, banyak lagu juga yang saya nyanyikan. Keluarga kami pun jenis sporting. Saya jadi penyanyi free untuk majlis kahwin sepupu.

"Ada juga yang kecam video di TikTok, kata saya try hard nak tiru suara Ella. Tapi saya tak ambil hati pun, ia perkara normal," ujarnya.

Yucha baru sahaja mengambil keputusan berhijab pada penghujung tahun lalu.

Selain berduet dengan DJ di majlis berkenaan, Yucha turut berduet dengan tunangnya dan menyanyikan beberapa lagu lain secara solo.

Bercerita mengenai dirinya, Yucha merupakan peniaga makanan Thailand dan turut mengusahakan perniagaan berkaitan kecantikan wajah serta rokok elektronik vape.

Malah, dia turut memiliki saluran YouTube untuk berkongsi bakat nyanyiannya.

Namun katanya, dia sudah memadam video-video nyanyian sebelum ini dengan imej lama memandangkan dia baru sahaja mengambil keputusan bertudung pada Disember lalu.

Yang kecam pun tak apa, saya tak sempurna, saya OK je.

YUCHA

"Saya ada juga buat video YouTube. Tapi video nyanyian lama tu sewaktu saya masih free hair.

"Jadi semua video tu saya tetapkan dalam mode private. Saya rancang untuk rakam semula video-video nyanyian lama tu dengan imej berhijab.

"InsyaAllah nak buat secara konsisten bermula bulan ini. Saya bertudung pun bulan Disember hari tu.

Yucha berterima kasih kepada netizen yang menyokong bakat nyanyiannya.

"Dah sampai waktu untuk berubah ke jalan benar, ia juga atas kesedaran sendiri. Ramai yang komen positif dan prihatin pasal saya, tegur jika ada yang tak kena dan sebagainya," ujarnya lagi.

Kata Yucha, dia tahu dirinya bukanlah seorang yang sempurna, namun bersyukur dengan sokongan diterima menerusi media sosial.

"Terima kasih kepada sesiapa yang sokong saya. Yang kecam pun tak apa, saya tak sempurna, saya OK je.

Paparan skrin video tular itu.

"Terima kasih atas sokongan tak berpenghujung. Kerana sokongan anda, saya lagi bersemangat untuk menyanyi.

Selain lagu Melayu, Yucha juga berkebolehan menyanyi lagu dalam bahasa Tamil, Thailand, Sepanyol.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain